Catatan

Doa Harian

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.   Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.   Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.   Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.   Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.   Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.   Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada k

25 Nabi & Rasul

25  nabi dan rasul  yang wajib di yakini oleh umat islam: Adam A.S Idris A.S Nuh A.S Hud A.S Sholeh A.S Ibrahim A.S Luth A.S Ismail A.S Ishaq A.S Ya'kub A.S Yusuf A.S Ayub A.S Suaeb A.S Musa A.S Harun A.S Zulkifli A.S Daud A.S Sulaiman A.S Ilyas A.S Ilyasa A.S Yunus A.S Zakariya A.S Yahya A.S Isa A.S Muhammad S.A.W Di antara mereka ada yang disebut Ulul Azmi. Mereka yang bersabar atas segala kondisi.  Nabi yang termasuk Ulul Azmi sesuai urutan zamannya: 1. Nabi Nuh AS. 2. Nabi Ibrahim AS. 3. Nabi Musa AS. 4. Nabi Isa AS. 5. Nabi Muhammad SAW. Urutan Nabi Terbaik: 1.  Nabi Muhammad SAW . 2. Nabi Ibrahim AS. 3. Nabi Musa AS. 4. Nabi Isa AS. 5. Nabi Nuh AS. Tugas Para Nabi dan Rasul: 1. Mengajak manusia untuk beribadah. 2. Mencegah dari larangan. 3. Mengajak manusia kepada Allah Ta'ala. 4. Menjadi uswatun hasanah (teladan terbaik). 5. Mengingatkan manusia bahwa diciptakan dari tanah dan akan kembali ke tanah. 6. Mengingatkan agar tidak fokus kep

Malaikat & Tugasnya

Imej
MALAIKAT DAN TUGASNYA 1) Malaikat Jibril,  tugasnya Menyampaikan wahyu 2) Malaikat Mikail,  tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan 3) Malaikat Israfil,  tugasnya Meniupkan Sangkakala 4) Malaikat Izrail,  tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup 5) Malaikat Raqib,  tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia 6) Malaikat Atid,  tugasnya Mencatat amal keburukan manusia 7) Malaikat Munkar,  tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh ) 8) Malaikat Nakir,  tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh ) 9) Malaikat Malik,  tugasnya Menjaga pintu neraka 10) Malaikat Ridwan,  tugasnya Menjaga pintu Syurga Allah S.W.T. berfirman, “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …”  (QS. Al Baqarah : 177) “Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu te

Syurga dan Neraka

Imej
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :- 1. Firdaus 2. Syurga 'Adn 3. Syurga Na'iim 4. Syurga Na'wa 5. Syurga Darussalaam 6. Daarul Muaqaamah 7. Al-Muqqamul Amin 8. Syurga Khuldi  Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :- 1. Neraka Jahannam 2. Neraka Jahiim 3. Neraka Hawiyah 4. Neraka Wail 5. Neraka Sa'iir 6. Neraka Ladhaa 7. Neraka Saqar 8. Neraka  Hathamah. Gambaran tentang Syurga di dalam Al-Qur'an antara lain sebagai berikut : syurga seluas langit dan Bumi (Al-Hadid:21), di dalamnya terdapat pohon-pohon dan buah-buahan (Ar-Rahman:54,68, dan Al Waqi'ah :28,29,32-33), terdapat istana-istana dan mengalir sungai-sungai dibawahnya (Al-Furqan:10), tahta-tahta kebesaran dan ranjang-ranjang emas/permata (Ash Safaat:44 dan Al Waqi'ah : 15), serta ditemani bidadari-bidadari (Ar-Rahman : 72 dan Ad Dukhan : 54) Nama Syurga, tingkatan, dan calon-calon penghuninya sbb : 1. Syurga Firdaus Dijadikan dari emas yang merah. Dalam Al-Mukmi

Biografi Rasulullah SAW

Imej
Biografi Dan Sejarah Nabi Muhammad SAW Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan erti persaudaraan, akhlak dan kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. 1. BIOGRAFI NABI MUHAMMAD SAW Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah) Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu