Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel khianat sahabat

Pengkhianatan dalam Persahabatan petikan buku P.S.Muallaf

Firman Allah SWT yang bermaksud :  Dan Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. al- Ahzab : 51)  Sekiranya sesuatu kebaikan dibalas dengan kebaikan itu merupakan perkara yang mulia. Sekiranya, sesuatu kebaikan dibalas dengan kejahatan, maka ianya dikatakan kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah sesuatu yang mulia dan terpuji. Diharapkan manusia terus berikthiar menebus dosa dengan meminta keampunan dari Allah SWT. Tiada sesiapa di alam fana ini yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan diri saya. Apa yang penting Ialah kita mengambil usaha untuk memperbetulkan niat dan keadaan agar menjadi peringatan dan tauladan. Allah akan mengampuni dosa- dosa orang yang mengikhlaskan bila ia dizalimi dan menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan. Firman Allah SWT yang bermaksud :  "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi