Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hukum Islam

Maqasid Syariah

Imej
Definisi Maqasid Syari’ah Maksud maqasid adalah tujuan yang dikehendaki, sama ada pada perbuatan atau percakapan. Jadi maksud maqasid syariah adalah  tujuan atau makna yang dikehendaki syarak yang mesti diusahakan untuk dicapai . Maqasid syariah wujud dan diaplikasikan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat lagi. Para ulama telah mengkategorikan Maqasid Syariah kepada  (3) maslahah, iaitu:   i. Dharuriyah (Keperluan Asas) Maslahah asas yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia melalui kehidupan bermasyarakat. Hajiyyah (Kemudahan dan kelapangan) Hajiyyah ialah maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan, dan pada masa yang sama menghindarkan kesusahan serta kesukaran dalam masyarakat.  Tahsiniyyah (Kesempurnaan) Tahsiniyyah ia