Petikan dr buku PSMuallaf
Islam mengajar kita bersangka baik dan tidak sekali-kali mengaibkan sesiapa. Hidup seseorang tidaklah selalunya indah tetapi keindahan walau sedikit manapun, tetap mekar abadi dalam kenangan. Kebaikan hati seseorang dicerminkan melalui ketinggian budi dan peribadinya. Nilai-nilai kemanusian perlu lahir dalam jiwa setiap insan. Suatu kenyataan benar ialah saya sememangnya seorang yang miskin harta. Saya bangga mengatakan bahawa sesungguhnya saya amat kaya dengan kemurniaan jiwa. Kesempitan hidup yang saya lalui penuh dengan onak dan duri namun begitu saya tetap mensyukuri segala -galanya. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Berterima kasih kepada Allah SWT ke atas segala nikmat yang dikurniakannya. (Surah Ibrahim : 70) Dalam Islam, persahabatan merupakan suatu perkara yang sangat digalakkan. Silaturahim yang terjalin dan terbina mampu membuka pintu rezeki. Syurga Allah tersergam luas, sahabat sejati mampu mengiri