Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Rawatib

Solat Sunat Rawatib

Imej
SOLAT SUNAT RAWATIB Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu. Solat ini adalah sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah. Sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid), dan tidak didirikan secara berjemaah. solat sunat Rawatib juga dikenali sebagai solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas). Solat sunat Rawatib boleh  menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu . Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita. Berikut di bawah menunjukkan jumlah rakaat bagi setiap solat sunat Rawatib. (Qabliyyah/Sebelum) Subuh : 2 Zohor : 2 Asar : 2 atau 4 Maghrib : Tiada Isyak : 2 (Ba’diyyah/Selepas) Subuh : Tiada Zohor : 2 Asar : Tiada Maghrib : 2 Isyak : 2 Qabliyyah Subuh Usolli sunnatal subhi rak’ataini qa