Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Masyar

Padang Masyhar

Imej
Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalah  Nabi Muhammad . Di atas hamparan yang rata tiada bertepi itu manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok. Daripada Huzaifah Ibn Asad yang mengatakan bahawa sahabat Abu Zar R.Anhu bangkit berdiri lalu berkata: “Hai Bani Ghifar, katakanlah janganlah kalian berselisih kerana sesungguhnya orang yang benar dan dibenarkan (yakni Nabi SAW pernah bercerita kepadaku bahawa manusia dikumpulkan (kelak pada hari kiamat) menjadi tiga golongan. “Satu golongan dalam kalangan mereka berkenderaan, mendapat makanan dan diberi pakaian manakala satu golongan lagi diiring dengan berjalan