Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

 Assalamualaikum  selamat sejahtera .Bersyukur kepafa Illahi atas kurniaan RahmatNya. Terimakasih kepada pihak UNISEL dan semua pihak yang terlibat pada hari ini. Semoga diberi ganjaran pahala dunia dan akhirat. Bismillahirohmanirohim. Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad.Alahmdulilahi Robbil Aalamin.


Definasi

Negara kita memberi gambaran yang sangat unik atad kepelbagaian bangsa, kaum dan etnik. Secara tidak langsung, ia membawa kepada kepelbagaian bahasa, adat, dan agama. Seperti yang dinyatakan dalam surah al- Hujarat ayat 13. Firman Allah ; Hidup betpuak dan sama mengenal satu sama lain.


Kebanyakan manusia mengamalkan agama samawi tetapi gagal mengenal pencipta mereka yang sebenar.


Pengalaman

Hidup di kalangan orang Melayu, namun terpisah akibat pendirian teguh terhadap bangsa, agama dan budaya Hindu. Setelah  saya  memeluk Islam, terdapat perubahan  yang ketara kerana saya terpaksa menjaga perasaan keluarga dan saudara yang berlainan agama. Lama kelamaan mereka telah memahami Islam melalui penampilan, tingkah laku, pakaian dan perbuatan seharian. Mereka juga memakai baju kurung apabila mengunjungi rumah orang Muslim pada Hari Raya ,sebagai contoh. Selain itu, mereka juga bantu bangun dan menyediakan sarapan bersama saya ketika bersahur di bulan Ramadhan. Pernah juga anak buah saya berpuasa sehingga waktu berbuka. Adik ipar saya pernah membersihkan tempat solat dan sediakan sejadah untuk saya. Kakak suami pula membeli ayam daripada orang Muslim apabila memasak untuk kami.Anak saya yang bukan Muslim  sering menutup televisyen sewaktu saya solat. Adik saya akan menghantar dan menjemput saya ketika saya menghadiri majlus ilmu dan sebagainya.


Cabaran ( Non Muslim)

Seseorang pendakwah harus berwaspada dalam tingkah laku dan tutur bicara agar tidak menghina, mengkritik supaya tidak tercetus kontroversi.

Berdakwah seumpama perniagaan.Dalam Surah as- sad 10-11, Allah berfirman, pendakwah sentiada perlu bijak mengatur strategi untuk meluaskan dakwah.

Isu hangat kini ialah Ideologi iaitu serangan pemikiran Liberalisme yang tersebar luas menyebabkan masyarakat terdedah kepada anasir negatif.

Seseorang pendakwah petlu bersiap sedia kerana kita sentiasa akan dihujani dengan pelbagai soalan yang mencabar akal dan logik. Oleh itu, kita perlu berhadapan dengan niat disebalik pertanyaan non muslim. Maka jadikanlah diri sebagai perisai yang dilengkapi dengan kefahaman yang jitu dan pengetahuan  yang luas dari semua sudut bagi menangkis sebarang pertanyaan. Ketahuilah bahawa mereka yang belum dibuka pintu hatinya akan nenguji ilmu seorang pendakwah.


Cabaran dihadapi dengan Muslim


Orang Muslim sentiasa memberi alasan tidak berdakwah kerana mereka sering menganggap bahawa itu bukannya tugas mereka dan sebaliknya merupakan tugas JAKIM, MAIS, NGO dan sebagainya. Selain itu mereka juga mengatakan bbahawa mereka tidak punyai masa mahupun ilmu yang cukup untuk berdakwah.


Isu paling ketara ialah mengenai  solat dan aurat dikalangan wanita. Ada segelintir wanita yang memperlekehkan soal aurat. Apabila ditanya mengapa tidak dilabuhkan tudung menutupi dada, alasan mereka ialah dengan megah, iaitu tudung perhiasan kepala bukan dada. Setelah ditegur ada diantara yang insaf dan mula  solat dan menjaga aurat dengan sopan.

Selain ini, ramai diantara yang lahir Islam enggan menerima teguran. Sebaliknya mereka mendakwa yang mereka tidak boleh disamakan  atau dibandingkan dengan golongan muallaf kerana mereka lebih arif tentang Islam.


Dalam menghadapi cabaran dalam usaha berdakwah, kita perlu mengambil langkah membertahu Non Muslim tentang Tuhan itu hanyalah satu tanpa mengira masa dan tempat.


Persiapan Dakwah


Allah SWT berfirman dalam Surah an Nahl ayat 125,  serulah manusia kepada keyakinan yang berdasarkan Iman dan kepercayaan tanpa paksaam melaui cara yang bijaksana,   maka berikanlah pendedahan yang berbentuk penerangan serta perkongsian ilmu dengan cara berinteraksi.

Bagi persiapan dakwah, akhlak pendakwah memainkan peranan yang paling utama. Sehubungan itu,  gunakanlah peluang berdakwah melalui modul dan plot yang berlandaskan niat.Oleh itu, Kita perlu betulkan niat dan perbaiki diri kerana Allah dan bukan atas sebab meraih pujian.

 Keduanya, penyampaian melalui perkataan yang sesuai beserta tutur bicara yang peramah serta menjaga sensitiviti berhubung isu tertentu haruslah dijadikan landasan perbualan. Maka dengan itu, bersedialah apa jua kemungkinan , terima teguran dan cadangan ma'du. Masyarakat perlu diberitahu agar melakukan perintah dan meninggalkan larangan seperti Firman Allah dalam surah al- Imran ayat 104.

 Dakwah juga boleh disampaikan melalui media pencetakan dan media sosial. Berdakwahlah dengan cara penulisan jika segan berkomunikasi atau kurang berkeyakinan dengan skil berdakwah secara verbal.

  Seterusnya, mahirkanlah ilmu pengetahuan dalam perbandingan agana dan bahasa agar pendakwah mampu menyuarakan pandangan tentang agama ma'du kita dengan penuh keyakinan. Lemparkan senyuman dan ucapkanlah terimakasih meskipun di hina atau di halau atas sebab  ziarah atau berdakwah.

  Seandainya gunakanlah harta untuk membantu dalam  usaha kebajikan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. 

  Kesimpulannya, Dakwah ialah suatu bentuk ta'alim iaitu pengajaran dan tarbiah iaitu pendidikan dengan cara yang berhemah.

  Masyarakat berada dalam ambang keruntuhan akhlak dan tergugat keimanannya. Oleh yang demikan kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk melindungi diri daripada hasutan syaitan dan kebaikan orang yang kita dakwah.

  Berdakwah agar timbulnya Iman dalam diri orang  yang didakwah. Maka jalinkanlah kemesraan dan persahabatan agar mereka memilih kebaikan dan benci akan kemungkaran.

  Tegakkan lah Islam dalam dirimu terlebih dahulu dan dengan demikian maka akan tertegaklah Islam dalam negaramu.

  Alhamdulillah, Terimakasih, Assalamualaikum Waramarullahi Wabarakatuh.


Penyampai Panel Forum

Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk

UNISEL 2020.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib