Maqasid Syariah

Definisi Maqasid Syari’ah

Maksud maqasid adalah tujuan yang dikehendaki, sama ada pada perbuatan atau percakapan.

Jadi maksud maqasid syariah adalah tujuan atau makna yang dikehendaki syarak yang mesti diusahakan untuk dicapai. Maqasid syariah wujud dan diaplikasikan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat lagi.

Para ulama telah mengkategorikan Maqasid Syariah kepada  (3) maslahah, iaitu:
 
i. Dharuriyah (Keperluan Asas)
Maslahah asas yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia melalui kehidupan bermasyarakat.

Hajiyyah (Kemudahan dan kelapangan)
Hajiyyah ialah maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan, dan pada masa yang sama menghindarkan kesusahan serta kesukaran dalam masyarakat. 

Tahsiniyyah (Kesempurnaan)
Tahsiniyyah ialah maslahah yang diperlukan sebagai kesempurnaan untuk menjaga kehormatan hidup manusia yang melibatkan kemuliaan akhlak dan adat yang baik serta meninggalkan keadaan yang buruk menurut akal yang waras. Semua itu diperlukan bagi menjamin kelancaran hidup manusia dalam masyarakat. Ketiadaannya tidak memberi implikasi besar terhadap kehidupan manusia.

1.Menjaga agama. 

Contohnya Ibarat rumah yang dilengkapi dengan tiang dan bumbung, begitu juga dalam agama,kita perlu menjaga akidah kita dengan solat. Solat merupakan tiang agama menakala bumbung rumah pula diikuti dengan amalan yang dilakukan.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah All Imran ayat 10: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah.

2. Menjaga nyawa. 

Contohnya: Dalam peraturan jalan raya kita perlulah patuh kepada lampu isyarat agar kita dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, begitu juga dengan manusia. Allah telah menentukan yang terbaik buat hambanya, jika kita merasai kesedihan jangan menyakiti diri atau nyawa sendiri mahupun orang lain sebagai penyelesaian setiap masalah.

Firman Allah s.w.t. 
Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar". Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).
                                                               ( Surah al-Anam ayat 151)

3. Menjaga akal. 

Contohnya segala unsur yang boleh merosakkan akal adalah sama sekali dilarang dalam islam, termasuklah minum arak, mengambil dadah, serta memirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia.  

Hal ini disebut di dalam firman Allah :

Maksudnya: 
''Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah ( semuanya) kotor ( keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.''
(surah Al-Maidah ayat 90

4. Menjaga keturunan. 

Contohnya seperti pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain lagi. Ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan. Lantaran itulah, Allah s.w.t. telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini.

Allah s.w.t, berfirman bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya [meminum] khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan itu.
( Surah al-Maidah ayat 90)

5. Menjaga harta.

Contoh  untuk mendapatkan harta mengikut cara yang betul, Islam mensyariatkan kaedah pemilikan harta seperti jual beli, sewaan dan sebagainya. Manakala bagi melindungi keselamatan harta, Allah mengharamkan jenayah mencuri dan mengarahkan kuatkuasa undang-undang hudud serta mengharamkan kita memakan harta anak yatim. Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Dalam hal ini, misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan telah mengharamkan riba. Di samping itu, dalam usaha pemilikan harta ini, selain daripada riba, syariah Islam juga misalnya telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan.

Firman Allah swt bermaksud: "Hendaklah kamu membelanjakan harta kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”. 

                                                               ( Surah al-Baqarah ayat 195 )



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib