Padang Masyhar

Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalah Nabi Muhammad.

Di atas hamparan yang rata tiada bertepi itu manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok.

Daripada Huzaifah Ibn Asad yang mengatakan bahawa sahabat Abu Zar R.Anhu bangkit berdiri lalu berkata: “Hai Bani Ghifar, katakanlah janganlah kalian berselisih kerana sesungguhnya orang yang benar dan dibenarkan (yakni Nabi SAW pernah bercerita kepadaku bahawa manusia dikumpulkan (kelak pada hari kiamat) menjadi tiga golongan.

“Satu golongan dalam kalangan mereka berkenderaan, mendapat makanan dan diberi pakaian manakala satu golongan lagi diiring dengan berjalan kaki dan juga sambil berlari-lari dan satu golongan lain pula diseret oleh para malaikat di atas wajah mereka, lalu diiring ke neraka.”

kelompok manusia pertama akan  dihimpunkan dalam keadaan sangat bertuah dan dipermudahkan urusan hisabnya di Mahsyar kerana mereka dapat  menunggang kenderaan, berpakaian serta  diberi makanan.

Golongan itu adalah mereka yang beriman dan sentiasa bersedia dengan amalan ketakwaan ketika di dunia.

Golongan kedua, mereka akan diseret serta disungkurkan muka ke bumi akibat kufur kepada Allah SWT.

Kemudian, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka oleh malaikat secara kasar dan keras.

Golongan ketiga pula adalah mereka yang berjalan kaki dan berlari-lari.

Tiada kenderaan buat mereka sebaliknya, Allah SWT menjadikan semua unta (kenderaan) ketika itu berpenyakit sehingga semuanya mati dan tidak dapat dijadikan tunggangan di Padang Mahsyar.

Golongan yang berjalan kaki dan berlari-lari itu adalah mereka yang banyak melakukan dosa dan maksiat.

Kesimpulannya, hadis  itu membuktikan amalan dan iman seseorang di dunia akan menjadi bekalan sangat berharga pada hari akhirat.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib