Solat Sunat Rawatib

SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Solat ini adalah sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan.
Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah.
Sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid), dan tidak didirikan secara berjemaah.

solat sunat Rawatib juga dikenali sebagai solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas).
Solat sunat Rawatib boleh menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu. Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita.
Berikut di bawah menunjukkan jumlah rakaat bagi setiap solat sunat Rawatib.
(Qabliyyah/Sebelum)
Subuh : 2
Zohor : 2
Asar : 2 atau 4
Maghrib : Tiada
Isyak : 2

(Ba’diyyah/Selepas)
Subuh : Tiada
Zohor : 2
Asar : Tiada
Maghrib : 2
Isyak : 2


Qabliyyah Subuh
Usolli sunnatal subhi rak’ataini qabliyyatan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

Dua rakaat sebelum fardu Zohor

 Usolli sunnatal zuhri rak’ataini qabliyyatan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Ba’diyyah Zohor dan dua rakaat sesudahnya (selain daripada yang sunat muakkad di atas)

Usolli sunnatal zuhri rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Qabliyyah Asar
Empat rakaat sebelum fardu Asar dengan dua salam, tidak ada sunat rawatib sesudahnya.

Niat
Usolli sunnatal asri rak’ataini qabliyyatan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala


Qabliyyah Maghrib
Dua rakaat sebelum fardu Maghrib

Niat
Usolli sunnatal maghribi rak’ataini qabliyyatan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Ba’diyyah Maghrib

Niat

Usolli sunnatal maghribi rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Qabliyyah Isyak

Niat

Usolli sunnatal isyak’i rak’ataini qabliyyatan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Ba’diyyah Isyak
Dua rakaat sebelum fardu Isyak.

Niat
Usolli sunnatal isyak’i rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” 

— Hadis riwayat Tirmizi

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”

— H.R. Abu Daud & Tirmidzi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat