Petikan dr buku PSMuallaf

Islam mengajar kita 
bersangka baik dan tidak sekali-kali mengaibkan sesiapa. 
Hidup seseorang tidaklah selalunya indah tetapi keindahan walau sedikit manapun, tetap mekar abadi dalam kenangan. Kebaikan hati seseorang
dicerminkan melalui ketinggian budi dan peribadinya. Nilai-nilai 
kemanusian perlu lahir dalam jiwa setiap insan. Suatu kenyataan benar ialah saya sememangnya seorang yang miskin harta. Saya bangga 
mengatakan bahawa sesungguhnya saya amat kaya dengan kemurniaan jiwa. Kesempitan hidup yang saya lalui penuh dengan onak dan duri 
namun begitu saya tetap mensyukuri segala -galanya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : 
"Berterima kasih kepada Allah SWT ke atas segala nikmat yang 
dikurniakannya. (Surah Ibrahim : 70) 
Dalam Islam, persahabatan merupakan suatu 
perkara yang sangat digalakkan. Silaturahim yang terjalin dan terbina mampu 
membuka pintu rezeki. Syurga Allah tersergam luas, sahabat sejati mampu 
mengiringi menuju jalan ke syurga, dengan izin Allah SWT.
Boleh dikatakan saya amat beruntung kerana ditemukan dengan manusia yang sentiasa sudi menghulurkan pertolongan. Sahabat yang bertaqwaadalah golongan mereka yang mengajak seseorang ke arah kebaikan berlandaskan syariat Islam. Hubungan persahabatan sangat mulia kerana 
memainkan peranan membantu peribadi seseorang. Oleh yang demikianharuslah kita pilih sahabat yang berakhlak, beradab, berpegang kepada akidah dan keimanan. Walau bagaimanapun, matlamat persahabatan itu 
patutlah jelas agar nilai ukhuwah itu dapat diraih dan nikmatnya dirasai. 

Pengertian Ukhuwah menjadi kabur dalam pengucapan seharian tanpa
sebarang makna. Allah Azza wa Jalla menekankan dan memerintahkan agar umatnya bersatu dan bersaudara. 
Mungkin inilah cara Allah ingin menunjukkan sifat manusia yang sebenarnya agar dijadikan panduan hidup. Setiap kesalahan yang dilakukan harus dijadikan 
sebuah pengajaran. Menginsafi dan menanam azam tidak akan 
mengulangi sesuatu kesilapan yang pernah dilakukan ialah taubat. Saya 
menghargai setiap kebaikan dan keburukkan yang menjadi bab sepanjang kehidupan ini. Ia telah membuka sebuah dunia baru yang penuh dengan keinsafan, dan seribu satu peringatan tentang segala perintah dan larangan Allah. Mukmin sejati terdiri daripada orang yang bertaqwa. 

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun. (an Nisa : 77)

Golongan insan mulia ini selalu bersikap lapang dada dan sering memaafkan antara sesama manusia. redha menerima ujian, mengambil iktibar pada setiap 
yang berlaku dan mendoakan untuk terbaik bagi orang lain. Ini merupakan antara nilai-nilai yang perlu diserap dan diamalkan oleh setiap individu. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau yang buruk dan tidak ada 
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan yang cerah. Sinar harapan dan kemenangan memihak kepada yang sentiasa mengisi dan mengamalkan diri dengan sifat-sifat ahklak yang mulia. Siapalah kita untuk menilai dan menghukum orang lain atas sesuatu yang tidak pasti kebenarannya lalu mencetuskan pertelingkahan sesama insan? Bukankah perkara mengumpat, 
bersikap buruk sangka, iri hati dan saling mencari kesalahan pada orang lain sifat peribadi yang amat tercela? Belum tentu mereka itu sempurna bagi mengadili orang lain, sedangkan seseorang itu sendiri dilahirkan dari sebuah kebaikan yang diubahnya sendiri menjadi keburukan dan kebencian. Perlulah 
diketahui bahawa kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. Masih ada ruang untuk memperbaiki diri selagi nyawa 
dikandung badan. Maka dengan itu, taubatlah dan beristigfar secara ikhlas. 
Pintu taubat dan jutaan kemaafan sentiasa menunggu bagi mereka yang menginsafi dan menyesali setiap amalan yang dilakukan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : 
"Sekiranya setelah mereka menganiayai diri mereka datang kepadamu (Muhammad, lalu meminta ampun kepada Allah, Rasul, juga mintakan ampun bagi mereka, nescaya mereka dapati Allah penerima taubat dan 
penyayang.(an Nisa : 64) 


Ujian Illahi sudah pastinya datang dari pelbagai sudut. Setahu saya, saya diuji berterusan dari saat saya mengucap kalimah syahadah. Pada mulanya, saya marah dan merungut tetapi hari silih berganti, saya menerima segala yang menimpa ke atas diri dengan penuh kerelaan dan kegembiraan. Lantaran beberapa bab dalam kehidupan yang pernah saya lalai, demi mengubati 
masalah kemurungan. Saya mengambil ikhtibar darinya. Itu tidak bermaksud saya tetap membiarkan sesuatu keadaan berterusan. Setiap insan pasti mempunyai satu perkara yang berlaku keatas dirinya yang tidak dapat dielakkan, lalu menjadi mangsa keadaan. Ia telah menyebabkan kedukaan. 
Kemurungan itulah yang membawa saya memperolehi hidayah yang saya tidak akan persiakan. Ia anugerah yang paling berharga bagi saya. Perkara yang pernah berlaku dalam meniti arus kehidupan juga mengajar saya agar tidak mudah percaya kepada sesiapa. Apapun yang disampaikan hanya akan 
digunakan untuk memburukkan keadaan, dan kebaikan yang dipelihara. Secara tidak langsung, pengajaran hidup amatlah penting dalam kehidupan setiap individu. Ia mampu memberi suatu bentuk perspektif yang berbeza pada pandangan dunia. Sifat manusia ternyata amat berbeza. Ada yang hadir untuk memberi pengajaran, ada pula yang hadir demi merosakkan nama baik seseorang, ada segelintir insan pula yang mengambil kesempatan atas kebaikan seseorang dan ada pula yang membantu membentuk peribadi orang lain demi kebaikan. 
























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib