Pengkhianatan dalam Persahabatan petikan buku P.S.Muallaf

Firman Allah SWT yang bermaksud : 
Dan Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. al- Ahzab : 51) 

Sekiranya sesuatu kebaikan dibalas dengan kebaikan itu merupakan perkara yang mulia. Sekiranya, sesuatu kebaikan dibalas dengan kejahatan, maka ianya dikatakan kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah sesuatu yang mulia dan terpuji.

Diharapkan manusia terus berikthiar menebus dosa dengan meminta keampunan dari Allah SWT. Tiada sesiapa di alam fana ini yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan diri saya. Apa yang penting Ialah kita mengambil usaha untuk memperbetulkan niat dan keadaan agar menjadi peringatan dan tauladan. Allah akan mengampuni dosa- dosa orang yang mengikhlaskan bila ia dizalimi dan menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan.
Firman Allah SWT yang bermaksud : 
"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat), maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zalim 
(Asy- Syura : 40) 

Biarpun seseorang individu singgah sementara mahupun lama, seeloknya individu tersebut, mengindahkan kehidupan seseorang dengan amalan yang baik. Hal ini, merupakan antara perkara yang perlu dilakukan. Ia 
mampu meninggalkan sejuta kenangan manis dan bukan sebaliknya. Petikanmutiara kata ini indah tersusun bahasa dan menyentuh perasaan setiap kali
dibaca; Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah 
hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang .

Sebagai insan, kita tidak sepatutnya mencari kelemahan orang lain sedangkan diri kita sendiri bukan sempurna. Setiap insan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mengambil ikthibar dari setiap perkara danmemperbaikinya ke arah kebaikan merupakan sifat yang mulia. Sikap menyiasat sesuatu perkara dan bukannya menuduh sebarangan atau menpercayai sesuatu khabar angin tanpa usul periksa harus disemai dalam jiwa setiap insan. Hal ini sememangnya dapat menghindari pelbagai masalah dalam ranau kehidupan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman ! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.
(al- Hujurat : 12) 

Terpulang kepada setiap individu untuk memilih jalan ke arah kebinasaan atau kebaikan. Maka, sewajarnya kita berbuat baik dan elakkan daripada menzalimi sesiapa. Hidup kita tiada tarikh luputnya. Bila-bila masa sahaja kita akan diseru. Oleh yang demikian, menginsafi setiap perbuatan amatlah mulia. Bertaubatdanmeminta ampun dari Yang Maha Esa 
 Ia amatlah digalakkan demi hisab hari pembangkitan dan pembalasan. Keikhlasan atau kessunguhan seseorang itu bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Airmata keinsafan adalah bukti kejujuran insan yang menyesali dan mengharapkan keampunan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud : 
"Allah memberi pembalasan kepada tiap-tiap orang terhadap apa yang ia usahakan. Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.

(Surah Ibrahim : 51) 

Walaupun sebesar mana kesalahan yang dilakukan, selagi masih bernafas, pintu taubat sentiasa terbuka luas.. Malah tidak kira sebanyak mana 
mahupun sebesar mana dosa dilakukan, dengan rahmat Allah SWT bagi mereka yang nekad bertaubat, In Shaa Allah segala perkara yang telah dilakukan akan digantikan dengan amal kebajikan. 
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat , maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbng dengan kejahatannya, 
sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya ( dirugikan) 
(al -An am : 160) 

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambilmanfaat dari kegagalannya dan cukup berani 
untuk membetulkan kesilapannya.

Sifat jujur ialah sikap bertanggungjawab di dalam memelihara setiap perkara yang telah diamanahkan kepada seseorang itu, termasuk menjaga
rahsia sesuatu kisah yang pernah disampaikan. Bayangkan bertapa terasa dikhinati apabila sesebuah kisah itu dijadikan landasan untuk 
memusnahkan kehidupan seseorang insan yang teraniaya. 
Adat seseorang bertemu dan berpisah adalah hanya kerana Allah. 
Persahabatan bukan sebatas suatu hubungan di dunia, namun ia juga akan menentukan perhubungan persaudaraan kita di akhirat kelak. 
Setiap insan sewajarnya perlu kikiskan sifat iri hati dan mengadu-domba. Sebuah persahabatan seumpama air laut yang tenang apabila aman dan tenang. Ia mampu bergelora ibarat tsunami bila dikhianati. Seharusnya, orang yang tidak menghargai persahabatan menginsafi 
dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka. 
Sebaik-baiknya manusia adalah yang melakukan amalan yang baik dan soleh dan ternyata mengkhinati sesama saudara bukanlah sesuatu yang mulia. 

Rasulullah SAW bersabda: 
°Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak jujur dan tidak dapat 
dipercayai dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat berpegang pada 
janjinya.
(Riwayat Ibnu Hibban) 

Firman Allah SWT yang bermaksud : 
"Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka 
sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar- benarnya. 
(al-Furqan : 71) 

Seseorang yang dianggap seperti saudara kandung sendiri pada permulaan mencorakkan nafas baru dalam sebuah kehidupan. Malangnya, ia tidak 
selalu indah di penghujungnya. Kita dituntut dalam Islam untuk
memuliakan saudara lebih dari diri sendiri. Itulah yang saya lakukan, 
namun kekecewaan membantu dan memuliakan saudara membelenggu diri 
akhirnya. Begitu penting menjaga persahabatan namun ada beberapa insan yang memutuskannya. Kita perlu berniat ikhlas membina persahabatan dan 
persaudaraan demi memperolehi keredhaan Allah. 
Kekecewaan, pengalaman silam dan pengkhianatan dalam persahabatan mengajar saya erti sebuah kehidupan. Saya yakin dan bertekad mampu meneruskan perjuangan dalam jalan yang benar walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Pengalaman selama ini 
membantu memahami kehidupan di dalam perspektif yang berbeza. 
Pentingnya, ia telah mengajar saya untuk berserah kepada Illahi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib