Samiyat


Sam’iyat

  • sam’iyat ialah perkara ghaib yang hanya boleh di ketahui melalui al-Quran dan Al-Sunnah.
  • hukum beriman dengan sam’iyat ialah wajib
  • orang yang tidak beriman dengan sam’iyat di hukum kafir dan tidak beriman
  • contoh sam’iyat ialah syurga, neraka, pahala, dosa, mizan, sirat, mahsyar, alam kubur, malaikat, jin dan syafaat.
ANTARA PERKARA-PERKARA SAMIYAT
1.Percaya akan malaikat.
2.Percaya adanya syurga dan neraka.
3.Percaya adanya jin dan iblis.
4.Percaya adanya Padang Mahsyar.
5.Percaya tentang hari kebangkitan.
6.Percaya adanya timbangan keadilan.

Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” – Surah al Baqarah 1-3

Contoh perkara sam’iyat:

1. Alam Barzah – alam kubur
2. Soalan kubur – soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib