Puasa di Bulan Ramadhan


A) Maksud :-
Ramadhan bermaksud suasana yang panas. Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.

B) Sejarah Puasa :-

Perintah untuk melaksanakan puasa sendiri sudah  dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Puasa pada bulan Ramadan hanya diperintahkan pada tahun ke-2 setelah Hijrah Nabi SAW ke Madinah. Pada bulan Ramadan tahun itu juga terjadi perang besar pertama di antara kaum Muslimin dengan musyrikin Mekah iaitu Perang Badar. Pada tahun kedua  Hijrah Rasullullah telah mengalihkam arah kiblat dari al Aqsa ke Baitul Muqadis.

Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya”

(Sabda Rasulullah S.A.W - Riwayat Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah)

C) Rukun Puasa :-
Rukun puasa ada dua, iaitu:

-Berniat pada malam harinya
-Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

D) Syarat Sah:-

*Orang Islam
*Berakal – tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
*Suci daripada haid dan nifas
*Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa

E) Syarat Wajib :-

*Berakal/waras
*Baligh (cukup umur)
*Mampu/tidak uzur

F) Perkara Sunat,  Makruh & Batal:-

Sunat-
* membanyakkan membaca al-Quran
*  mandi junub sebelum fajar
*  melewatkan sahur waktu imsak
*  berbuka dengan buah tamar dan benda manis
*  membanyakkan sedekah
*  solat terawih
*  segera berbuka bila masuk waktu

Makruh:

*  berkumur-kumur dengan    keterlaluan
*   merasa makanan dengan lidah
*    bercakap perkara-perkara buruk dan keji
* memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
*   gosok gigi setelah gelincir matahari
*    mencium isteri
*  menderma darah

Batal :
*   makan dan minum dengan sengaja
*    mengeluarkan air mani dengan sengaja
*  haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
*   muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
*  melakukan persetubuhan
*    gila walaupun sebentar
*    murtad
*    berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

 G)  Perkara yang tidak membatalkan puasa:
* Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
* Bersuntik
*  Tidur walaupun sepanjang hari
*  Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
*  Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

H) Keistimewaan Bulan Ramadhan
1) Bulan kemenangan bagi umat Islam.
Kemenangan terbesar bagi umat Islam berlaku pada bulan Ramadhan, dalam peperangan Badar Al-Kubra.
Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 17 Ramadhan pada Hari Jumaat, tahun 2 Hijrah.
Tahun ini merupakan tahun pertama umat Islam disyariatka berpuasa pada bulan Ramadhan.
Perang ini dianggap kemenangan terbesar kerana jumlah umat Islam yang sedikit pada masa tersebut iaitu seramai 313 orang berjaya menewaskan tentera kafir yang berjumlah 1300 orang.

2). Ganjaran pahala di bulan Ramadhan berlipat kali ganda
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Maksudnya: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal, hingga tujuh ratus kali ganda. Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
(HR. Bukhari no. 1904, 5927 dan Muslim no. 1151)

3)Dosa-dosa lalu diampunkan
“Disebutkan di dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”.
(Hadith Sahih: Riwayat Bukhari dan Muslim)

4)Pintu rahmat terbuka luas

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." ­- (Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079)
Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.
ALLAH S.W.T membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA.

5)Pintu langit terbuka luas

"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.
ALLAH S.W.T membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA.

6)Pintu syurga terbuka luas

"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka."  Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898
Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga.

 7)Pintu neraka tertutup rapat
“Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup”

Hadis Riwayat Bukhari dalam sahihnya, Hadis no. 1899

8)Syaitan dibelenggu

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

 Apabila masuk bulan Ramadan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.

(Riwayat Bukhari dan  Muslim)”

9)Malam Lailatul Qadar

Terdapat Surah khusus di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kemuliaan malam Lailatul Qadar iaitu Surah Al-Qadr, ayat 1-5.
Malam ini digambarkan sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Sesiapa yang melakukan ibadat pada malam ini akan mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah S.W.T.
“Bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr?"
Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan."

Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.

Daripada kedua- dua  hadis berikut, dapat kita simpulkan bahawa kita seharusnya mengambil peluang untuk menambahkan pahala dengan menggandakan ibadah pada  malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.

Aisyah r.a berkata:

​Rasulullah SAW bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.

Antara ibadah yang amat dianjurkan oleh Rrasulullah S.A.W pada bulan Ramadhan adalah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain.

10) Ibadah solat terawih

Solat sunat terawih merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ibadah ini hanya dapat dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Dan boleh dilakukan secara berjemaah ataupun bersendirian.
Solat sunat terawih dan bulan Ramadhan sudah cukup sinonim antara satu sama lain.
Ibadat solat sunat terawih cukup istimewa kerana dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada sesiapa yang melakukannya.
Kita seharusnya mengambil peluang untuk menambahkan amalan ibadat sebanyak mungkin pada bulan yang penuh berkah ini.

I) Doa di bulan Ramadhan

“Ya Allah! KeranaMu aku berpuasa. DenganMu aku beriman. Dengan rezekiMu aku berbuka. Hilanglah dahaga, basahlah tekak dan tetaplah ganjarannya jika dimahukan Allah. Segala puji bagi Allah yang membantuku hingga aku dapat berpuasa, yang memberiku rezeki hingga aku dapat berbuka. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan rahmatMu yang meliputi segala perkara, agar Engkau ampunkanlah aku”.

[ Doa ini diriwayatkan awalnya oleh Abu Daud dan akhirnya oleh Ibnus Sunni ]

Semoga ibadah kita semua diberkati dan diberikan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
Selamat beribadah dan Salam Ramadhan.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib