Hikmah Covid 19 kpd Sang Pencipta

Hikmah Covid19 dari sisi hamba kepada Sang Pencipta

Ujian Allah datang kepada manusia dalam berbagai cara. Seluruh dunia sedang dilanda wabak Covid-19 yang mengancam kesihatan , soal amalanh agama dan ekonomi negara. 
Allah mengingkatkan kita agar bermuhasabah diri dengan memperbaiki segala kecatatan diri dlm perlaksanan ibadah,  akhlak dan yakin kepada ketentuan. Wabak ini dititipkan dari Sang Kholiq kepada kita untuk menguji keteguhan akidah kita. 
Kita perlu sentiasa bertawakal menghadapi segala bentuk dugaan yang menimpa kita. Terdapat sebuah hadis  dimana Sayidatina Aishah RA yang bertanya mengenai wabak taun. Rasulullah SAW bersabda: Ia azab Allah SWT yang diutuskan kepada sesiapa dikehendaki dan Allah SWT menjadikannya rahmat kepada orang yang beriman. (HR Bukhari)

 Begitu hebatnya dan agungnya Allah SWT,  kita amat disayangi dan dikasihi kerana kita berpeluang pada waktu PKP ini dengan meningkatkan muhasabah diri atas dosa  yang telah dilakukan  tidak kira melalui lisan,  pemikiran dan perbuatan dengan memperbanyakkan ibadat. Pada masa ini kita dapat qadarkan solat yang tertinggal.  Di samping itu kita juga dapat memperbanyakan berzikir,  beristigfar dan mengerjakan solat sunat Rawatib serta solat sunat yang lain sepeeti solat sunat tahajjud dan dhuha. 

Selama ini Kita tidak perlu risau tentang pemakanan kita seharian.  Tetapi sekarang hikmah terbaik bersyukur dengan apa yang ada untuk dijamah.  Sehubungan itu kita belajar dalam tempoh lockdown ni tentang tidak tamak dan bersikap sederhana. Sebaik baiknya rebutlah peluang bersedeqah pada saat ini.  Ganjaran pahala syurga menanti insan yang memberi sesuap makanan kepada golongan yang amat memerlukan . Tatkala kita punyai pelbagai sajian fikirlah dan renungilah nasib sesetengan insam yang kelaparan. 

Pada masa ini,  Sebaiknya setiap hamba Allah menaruh keyakinan yang tekad dan utuh pada Allah SWT sepenuhnya bahawa Dia yang mendatangkan penyakit dan hanya Allah yang berkuasa untuk menyembuhkan segala wabak pada hamba-Nya,” 

 Perlu juga diketahui bahawa tawakal yang sebenar, iaitu bukan hanya berserah kepada Allah SWT setelah berusaha dengan bersungguh sungguh namun kita juga perlu mengambil ikhtibar dari serangan wabak ini untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan olah pihak yang berkuasa.  Sikap acuh tak acuh segelintir rakyat menyebabkan wabak ini terus berleluasa dan meragut nyawa manusia. 

Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.” (Al-Nisa: 29)

“Ayat ini menerangkan seseorang yang terjebak dengan penyakit berjangkit berbahaya dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengelakkan penyakitnya daripada menjangkiti orang lain, dia seolah-olah membahayakan nyawa orang lain kerana kesannya boleh menyebabkan kematian.

 Setiap umat disarankan memenuhi maqasid syariah. Salah satu Diantaranya hifz al nafs, iaitu menjaga nyawa daripada kerosakan dan kebinasaan.Islam  yang syumul mengharamkan seseorang memudaratkan diri sendiri dan orang lain kerana ia amat bertentangan dengan maqasid syariah.

Firman Allah SWT yang menghuraikan kepentingan mentaati pemerintah: “Wahai orang beriman! Taatilah Alllah dan taatilah Rasul dan ulil amri (pemerintah) dalam kalangan kamu.”(Al-Nisa’: 51)
Ini sejajar dengan ikhtiar yang sedang dilalkukam secara giat oleh semua pihak yang terlibat dalm usaha membendung wabak ini dari terus berleluasa. 

 Muslimin muslimat diharapkan terus istiqamah dan berdoa supaya dikurniakan kesembuhan dan memastikan keadaan di seluruh dunia pulih sepenuhnya selepas ujian yang hebat ini. Alangkah sedihnya kita ditarik nikmat bersolat jemaah,  kemungkinan tiada solat terawih juga sekiranya rangkaian Covid 19 tidak dapat dibendung dengan jayanya. Maka rakyat diseru agar berwaspada dan sama tolong menolong dengan # Stay at Home yang telah disuarakan oleh Perdana Menteri negara. 

Firman Allah SWT: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan dan jangan tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran serta bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya amat berat azab-Nya.” (Al-Maidah: 5)

Hikmah lockdown mengingatkan umat Islam tentang neraka  dan siksa azabNya.  Kita rasa terkurung dalam rumah .lantaran kebosanan dan perasaan tersiksa membelenggu diri.meskipun dalam rumah kita sendiri dalam fasa yang singkat.  Bayangkanlah natijah yang akan bakal kita hadapi di neraka dimana kita akan terkurung selama - lamanya dengan adanya azab azab yang   perit dan lagi dasyat  kekal adabi. 

Kesimpulannya. Bermuhasabahlah dan ambil ikhtibar dari wabak ini
 dalam memperrbaIki amalan amalan kita selama mana kita masih berpeluang berada di muka bumi ciptaan Sang Pencipta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib