Kebaikan dan Keburukan-Petikan dr buku PSM

Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. al- Ahzab : 51)

Sekiranya sesuatu kebaikan dibalas dengan kebaikan itu merupakan perkara yang mulia. Sekiranya, sesuatu kebaikan dibalas dengan kejahatan, maka ianya dikatakan kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah sesuatu yang mulia dan terpuji.

Diharapkan manusia terus berikthiar menebus dosa dengan meminta keampunan dari Allah SWT. Tiada sesiapa di alam fana ini yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga dengan diri saya. Apa yang penting Ialah kita mengambil usaha untuk memperbetulkan niat dan keadaan agar menjadi peringatan dan tauladan. Allah akan mengampuni dosa- dosa orang
yang mengikhlaskan bila ia dizalimi dan menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat), maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zalim
(Asy- Syura : 40)

Biarpun seseorang individu singgah sementara mahupun lama, seeloknya individu tersebut, mengindahkan kehidupan seseorang dengan amalan yang baik. Hal ini, merupakan antara perkara yang perlu dilakukan. Ia mampu meninggalkan sejuta kenangan manis dan bukan sebaliknya. Petikanmutiara kata ini indah tersusun bahasa dan menyentuh perasaan setiap kali
dibaca; Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang .

Sebagai insan, kita tidak sepatutnya mencari kelemahan orang lain sedangkan diri kita sendiri bukan sempurna. Setiap insan tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mengambil ikthibar dari setiap perkara dan memperbaikinya ke arah kebaikan merupakan sifat yang mulia. Sikap menyiasat sesuatu perkara dan bukannya menuduh sebarangan atau menpercayai sesuatu khabar angin tanpa usul periksa harus disemai dalam jiwa setiap insan. Hal ini sememangnya dapat menghindari pelbagai
masalah dalam ranau kehidupan.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman ! Jika seseorang yang fasik
datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya agar
kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.
(al- Hujurat : 12)

Terpulang kepada setiap individu untuk memilih jalan ke arah kebinasaan atau kebaikan. Maka, sewajarnya kita berbuat baik dan elakkan daripada menzalimi sesiapa. Hidup kita tiada tarikh luputnya. Bila-bila masa sahaja kita akan diseru. Oleh yang demikian, menginsafi setiap perbuatan amatlah mulia. Bertaubatdanmeminta ampun dari Yang Maha Esa
Ia amatlah digalakkan demi hisab hari pembangkitan dan pembalasan. Keikhlasan atau kessunguhan seseorang itu bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Airmata keinsafan adalah bukti kejujuran insan yang menyesali dan megharapkan keampunan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Allah memberi pembalasan kepada tiap-tiap orang terhadap apa yang ia usahakan. Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.

(Surah Ibrahim : 51)

Walaupun sebesar mana kesalahan yang dilakukan, selagi masih bernafas,
pintu taubat sentiasa terbuka luas.. Malah tidak kira sebanyak mana
mahupun sebesar mana dosa dilakukan, dengan rahmat Allah SWT bagi mereka yang nekad bertaubat, In Shaa Allah segala perkara yang telah dilakukan akan digantikan dengan amal kebajikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat , maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbng dengan kejahatannya,
sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya ( dirugikan)
(al -AnБ─≥am : 160)

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambilmanfaat dari kegagalannya dan cukup berani
untuk membetulkan kesilapannya.

Sifat jujur ialah sikap bertanggungjawab di dalam memelihara setiap perkara yang telah diamanahkan kepada seseorang itu, termasuk menjaga
rahsia sesuatu kisah yang pernah disampaikan. Bayangkan bertapa terasa dikhinati apabila sesebuah kisah itu dijadikan landasan untuk
memusnahkan kehidupan seseorang insan yang teraniaya.
Adat seseorang bertemu dan berpisah adalah hanya kerana Allah.
Persahabatan bukan sebatas suatu hubungan di dunia, namun ia juga akan menentukan perhubungan persaudaraan kita di akhirat kelak.
Setiap insan sewajarnya perlu kikiskan sifat iri hati dan mengadu-domba. Sebuah persahabatan seumpama air laut yang tenang apabila aman dan tenang. Ia mampu bergelora ibarat tsunami bila dikhianati. Seharusnya, orang yang tidak menghargai persahabatan menginsafi dan bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka. .Sebaik-baiknya manusia adalah yang melakukan amalan yang baik dan soleh dan ternyata mengkhinati sesama saudara bukanlah sesuatu yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda:
°Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak jujur dan tidak dapat
dipercayai dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat berpegang pada janjinya.
(Riwayat Ibnu Hibban)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka
sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar- benarnya.
(al-Furqan : 71)

Seseorang yang dianggap seperti saudara kandung sendiri pada permulaan mencorakkan nafas baru dalam sebuah kehidupan. Malangnya, ia tidak selalu indah di penghujungnya. Kita dituntut dalam Islam untuk memuliakan saudara lebih dari diri sendiri. Itulah yang saya lakukan, namun kekecewaan membantu dan memuliakan saudara membelenggu diri akhirnya. Begitu penting menjaga persahabatan namun ada beberapa insan yang memutuskannya. Kita perlu berniat ikhlas membina persahabatan dan persaudaraan demi memperolehi keredhaan Allah.

Kekecewaan, pengalaman silam dan pengkhianatan dalam persahabatan mengajar saya erti sebuah kehidupan. Saya yakin dan bertekad mampu meneruskan perjuangan dalam jalan yang benar walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Pengalaman selama ini
membantu memahami kehidupan di dalam perspektif yang berbeza.
Pentingnya, ia telah mengajar saya untuk berserah kepada Illahi.


Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya).(al-Araf : 43)

Seseorang manusia harus cukup rendah diri untuk mengakui kesilapannya. Sehubungan itu, mereka perlu cukup bijak untuk mengambil manfaat dan ikhtibar hasil dari kegagalan yang pernah ditimpa. Tambahan pula, seseorang itu, juga perlu cukup matang mengiktiraf serta mempunyai keberanian untuk membetulkan kesilapan yang pernah dilakukannya. Saya dapat mengklasifikasikan sesuatu. Terdapat empat pekara yang tidak mungkin kembali kepada setiap individu. Pertama sekali adalah perkataan atau ayat yang telah dilafazkan. Kedua, iaitu kenangan indah masa silam. Ketiga dalam klasifikasi saya ialahб═kesempatan  dan peluang yang telah diberikan. Terakhir sekali ialah waktu yang terbazir dengan perbuatan yang sia-sia. Pengalaman hidup telah banyak mengajar saya. Secara tidak langsung, ia telah membantu membentukkan diri saya hari ini. Namun masih berkurangan. Oleh yang demikian, pertama dalam senarai saya ialah saya ingin menimba ilmu, dan beramal soleh. Selain itu, saya ingin melengkapkan diri bagi menghadapi Sakaratul Maut. Akhir kata, saya ingin mencari keredahaan Illahi.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah suatu percubaan, cabaran dalan pelbagai peluang. Sesuatu jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Illahi yang bersedia menunggu di pintu syurga.
Setiap orang yang telah lama memeluk Islam mahupun yang baru memeluk Islam wajib mempelajari ajaran agama Islam yang berdasarkan rukun islam, rukun iman, fardhu ain, aqidah dan syariat. Dalam kehidupan seharian iaitu sementara kita masih berada di dunia, menuntut ilmu suatu amalan yang perlu kita lakukan hanya kerana Allah SWT. Secara tidak langsung, ia dapat mengatasi kekuatan lain yang ada pada diri setiap insan dengan cara yang lebih berfaedah demi keuthuhan akhlak. Ilmu ialah cahaya dan jambatan ilmu. Selain itu, ilmu mampu membawa seseorang individu tinggi di sisi Allah. Perlu diketahui bahawa, ilmu juga salah satu bentuk ibadah yang diwajibkan dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari kiamat kelak.( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Allah akan meninggikan orang- orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

(al- Mujadalah : 11)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita seharusnya berbangga dengan golongan muallaf dan saudara baru. Ramai di antara kalangan mereka yang berkaliber, berdedikasi serta boleh dijadikan sebagai contoh ataupun idola. Saya amat mengkagumi beberapa tokoh muallaf yang namanya mampu mencium bau syurga. Semangat saya membara dalam mendalami Islam dan beramal soleh serta memperbaiki akhlak lantaran mencontohi mereka. Semoga tokoh-tokoh saudara baru dan para pendakwah kekal menjadi sumber inspirasi. Secara langsung, mereka menjadi pendorong bagi kami agar berusaha memartabatkan Islam.

Aurat wanita
Penampilan diri dalam hal menutup aurat perlu di titik beratkan. Salah
satu daripada kebikjasanaan Allah adalah arahan-Nya agar wanita menjaga kehormatan dengan menutup aurat dengan sempurna. Namun masih ramai kaum Hawa di luar sana yang mengambil ringan akan perkara ini. Pakaian yang labuh dan tudung yang menutupi bahagian badan tertentu harus
dijadikan pegangan seharian.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak anak perempuammu serta perempuan- perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal sebagai perempuan baik-baik) dengan itu mereka tidak diganggu. Dan( ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.( al Ahzab ;59)

 IBADAH

 Solat fardhu lima waktu sehari semalam wajib dilaksanakan kerana ganjaran dan fadhilatnya adalah amat besar sekali. Qadarkanlah solat yang pernah ditinggalkan.

Rasulullah SAW bersabda :

Apabila Rasullulah SAW sendiri lupa solat malam umpamanya kerana  tertidur dan sebagainya,maka baginda menggantikannya pada siang hari dua belas rakaat.

 ( Riwayat Muslim)

Manusia sering kali lalai dalam kewajipan yang Allah suruh laksanakan, iaitu ibadah. Solat mempunyai suatu rahsia yang tersembunyi. Mengerjakan Ibadah
dapat membantu kita perbaiki perubahan diri kita. Tambahan pula, Ia bertujuan mengingati seorang hamba terhadap PenciptaNya.

Islam merangkumi segala perkara yang berkaitan dari segi rohaniah dan jasmaniah selain mencampurkan urusan dunia dan akhirat yang tidak ada pada agama-agama lain. Ringkasnya setiap orang Islam mestilah menginsafi bahawa kewajipan beribadah hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa terlupa menunaikan solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila menyedarinya, tiada kaffarah yang lain selain menggantikannya.

(HR Bukhari no 572 dan Muslim no 684)

Sentiasa munasabah diri dengan bersikap positif demi kebaikan. Apa yang penting ialah saya telah
menginsafi dan berjanji kepada diri bahawa tidak akan mengulang apa sahaja yang pernah saya lakukan walaupun terpaksa. Saya mengingati diri tentang hari silam, kerana ia berupaya menjadikan saya seorang yang lebih baik berbanding semalam. Kini, saya lebih yakin. Saya boleh menoleh
belakang dan berbangga serta bersyukur atas kejayaan berusaha menjadi seseorang yang maju kehadapan berdasarkan kesilapan semalam.. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini fana dan kehidupan abadi itu hanya wujud setelah kita dibangkitkan kembali di Padang Mahsyar nanti. Oleh yang demikian, sering kali saya mengingati diri agar mempersiapkan diri denganamalan mulia,  pemikiran yang bersih dan tutur bicara yang sempurna. Cara berubah secara berterusan, iaitu beristiqamah merupakan antara perkara minima yang boleh saya lakukan, meskipun ianya perubahan sekecil zarah. Saya menanamkan keazaman yang baru demi kebaikan, demi Allah. Kini, saya sentiasa menetapkan matlmat yang jelas untuk berubah pemikiran dan amalan.

Saya hanya seorang muallaf. Banyak yang perlu saya pelajari. Proses pembelajaran sesuatu yang berterusan dan tidak melihat kepada faktor usia. Saya mengetahui bahawa syarat untuk berubah ialah meninggalkan segala yang tidak saya hendaki dan mula fokus kepada apa yang saya benar-benar perlukan.

Saya menyedari akhirnya sikap acuh tak acuh seperti ini tidak harus dijadikan landasan dalam kehidupan. Menginsafi diri adalah amat dituntut dalam Islam. Hidup seorang Muallaf tidaklah begitu mudah, namun jika kita yakin beserta keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT, maka pasti akan dianugerahi sebuah kehidupan yang ada sinar menanti di penghujung jalan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman! Masukklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jaganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (al Baqarah : 208)

DOA

Doa merupakan suatu bentuk penyerahan dan bukan tuntutan. Selain itu,
doa juga suatu bentuk ibadah dan pengabdian diri kepada Allah SWT. б
Dengan itu, maka menerusi doa, seorang hamba mampu menggamit rahmat Allah SWT. Selepas kita berdoa, sebaik-baiknya serahkan kepada Allah untuk menguruskan diri kita. Sesungguhnya Allah sebagai pengurus bagi kehidupan makhluk ciptaanNya. Saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk
memohon petunjuk, rahmat dan hidayahNya. In shaa Allah suatu jalan yang lurus akan terbentang.
Kita haruslah yakin bahawa setiap doa dan permintaan kita akan Allah
makbulkan. Sama ada cepat atau lewat, hanya Allah yang Maha tahu apa
yang terbaik bagi setiap hambaNya.
Jangan pernah berputus asa dalam meminta, jangan juga pernah bersangka buruk terhadap Allah Taala.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Berdoalah kepada-ku ,pasti Aku kabulkan untukmu.(al- Ghafir : 60)

Rasulullah SAW bersabda:

Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayahan kamu. Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan berterusan walaupun sedikit,

(Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.
(al Baqarah : 186)

Harus diakui bahawa saya hanyalah seorang hamba Allah yang bukan sempurna. Namun, saya berusaha setiap detik untuk memperbaiki kelemahan diri kearah kebaikan dan kejayaan. Rasa bersyukur sudah tentunya tidak terpisah dari lubuk hati saya. Bagi meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT, kita perlu sentiasa berada dalam kesedaran dengan mengingat Allah. Pada mulanya saya seperti yang lain, tidak begitu yakin, namun setelah melihat perubahan dalam diri, tatkala menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan keburukkan, maka suatu keyakinan berganda yang nyata dapat dirasai.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan,
menyuruh dengan makruf (kebaikan) dan melarang dari yang mungkar;
dan mereka itulah yang menang.
(al Imran : 104)

Sewajarnya, perasaan untuk saling membantu, berkerjasama dan memberi teguran perlulah diterapkan dalam jiwa setiap imdividu. Seterusnya, bersikap toleransi dan rendah diri merupakan sifat-sifat mahmudah yang baik dan mulia. Sifat hanya untuk berlumba-lumba bagi meraih sesuatu yang materialistik di duniawi atau sementara bukanlah sesuatu yang sebenar. Perkara yang agung disisi Allah, merupakan Taqwa. Setiap orang pasti akan pulang menghadap Allah SWT pada suatu masa nanti. Setiap individu di muka bumi ini pasti tetap akan mendapat keadilan dari Allah atas segala usaha dan niat kita semasa berada didunia. Lantaran itu, sudah pastinya kita akan mengetahui hasil dari segala anugerah kehidupan. Hal ini amat penting untuk setiap insan menyedari kerana ia membawa kepada natijah syurga atau neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu).

al Araf : 126)

Saya tidak menyesali kehidupan seperti dahulu. Saya sentiasa redha  menghadapi dugaan dan bertawakkal. Saya telah bersedia memulakan eksipedisi pelayaran di sebuah kapal yang belayar di lautan yang serba luas dan indah. Lautan yang luas ibarat sebuah dunia baru yang perlu saya terokai. Saya bertekad berlayar berbekalkan muatan taqwa, iman dan penuh keredhaan ke sebuah destinasi yang digelar akhirat. Kita tidak akan selamat dari karam di lautan hidup yang amat luas serta dalam ini. Dengan itu, mendekatkan diri kepada Allah SWT, In Shaa Allah kita akan terselamat. Pada pendapat saya, dunia ini persinggahan sementara. Ia hanyalah sebuah pentas, dimana kita memainkan peranan sebagai pelakonnya. Amalan soleh harus dijadikan matlamat pegangan hidup supaya boleh hidup bahagia di dunia dan juga akhirat. Saya, seperti muslim yang lain sering mempersiapkan diri bagi menempuh ujian dan cabaran yang hadir dalam kehidupan ini.
Saya pernah membaca bahawa hidup setiap mukmin sentiasa dalam pengawasan Allah. Oleh yang demikian, tiada seorang pun yang boleh terlepas dari catatan pengiraan dan penimbangan yang sangat cermat dan teliti. Alam Duniawi, iaitu tempat kita hidup ini hanyalah sementara dan
bukanlah sebuah syurga yang dipenuhi kenikmatan dan keabadian. Ia merupakan tempat yang disertakan pelbagai ujian dan dugaan. Bila diuji, bersabarlah dan senyumlah. Musibah merupakan ujian. Ujian terkecil malah yang terbesar adalah takdir Allah Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tidak mungkin Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hambanNya. Saya dicipta didalamnya untuk diuji kesabaran dan ketaqwaan begitu juga dengan anda.

Dalam hadits disebutkan  Hamba yang paling mulia adalah mukmin yang berilmu. Cintalah Ilmu, Kejarlah Ilmu dan aplikasikanlah Ilmu dalam kehidupan seharian. In shaa Allah , kita mampu menjadi hamba Allah yang berilmu di dunia dan akhirat. Tututlah ilmu kerana Allah. Ilmu mampu membawa kejayaan umat baik di dunia mahupun di akhirat. Menuntut ilmu adalah sama dengan merentas jalan menuju ke syurga.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Allah akan meninggikan orang-orang beriman diantaramu dan orang- orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.( al Mujadalah : 11)

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah diantara kamu yang terbaik amalnya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
 (al-Mulk : 2)

Saya sedar bahawa ujian Allah terhadap saya sebagai hambaNya ialah bertujuan menguji keyakinan, disamping menambah keimanan. Sewajarnya, kita tetap berserah kepadaNya demi mengharungi segala dugaan dan cabaran. In shaa Allah perjalanan hidup kita pasti diberkati dan dirahmati. Semoga Allah SWT terus memelihara hambaNya. Semoga juga kita sentiasa dalam perlindungan, berkat dan rahmatNya. Rezeki yang datang dari Allah amat saya syukuri. Semoga hasil perkongsian pengalaman, rintangan dan dugaan yang ditempuhi dapat memberikan pencerahan ke atas sebuah kehidupan. Jutaan kesyukuran. Islam mengajar kita bersangka baik dan tidak sekali-kali mengaibkan sesiapa. Hidup seseorang tidaklah selalunya indah tetapi keindahan walau sedikit manapun, tetap mekar abadi dalam kenangan. Kebaikan hati seseorang
dicerminkan melalui ketinggian budi dan peribadinya. Nilai-nilai kemanusian perlu lahir dalam jiwa setiap insan. Suatu kenyataan benar ialah saya sememangnya seorang yang miskin harta. Saya bangga mengatakan bahawa sesungguhnya saya amat kaya dengan kemurniaan jiwa. Kesempitan hidup yang saya lalui penuh dengan onak dan duri namun begitu saya tetap mensyukuri segala -galanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Berterima kasih kepada Allah SWT ke atas segala nikmat yangdikurniakannya. 
(Surah Ibrahim : 70)

Dalam Islam, persahabatan merupakan suatu perkara yang sangat digalakkan. Silaturahim yang terjalin dan terbina mampu membuka pintu rezeki. Syurga Allah tersergam luas, sahabat sejati mampu mengiringi menuju jalan ke syurga, dengan izin Allah SWT.
Boleh dikatakan saya amat beruntung kerana ditemukan dengan manusia yang sentiasa sudi menghulurkan pertolongan. Sahabat yang bertaqwaadalah golongan mereka yang mengajak seseorang ke arah kebaikan berlandaskan syariat Islam. Hubungan persahabatan sangat mulia kerana memainkan peranan membantu peribadi seseorang. Oleh yang demikianharuslah kita pilih sahabat yang berakhlak, beradab, berpegang kepada akidah dan keimanan. Walau bagaimanapun, matlamat persahabatan itu patutlah jelas agar nilai ukhuwah itu dapat diraih dan nikmatnya dirasai.

Pengertian Ukhuwah menjadi kabur dalam pengucapan seharian tanpa
sebarang makna. Allah Azza wa Jalla menekankan dan memerintahkan agar umatnya bersatu dan bersaudara. Mungkin inilah cara Allah ingin menunjukkan sifat manusia yang sebenarnya agar dijadikan panduan hidup. Setiap kesalahan yang dilakukan harus dijadikan sebuah pengajaran. Menginsafi dan menanam azam tidak akan mengulangi sesuatu kesilapan yang pernah dilakukan ialah taubat. Saya menghargai setiap kebaikan dan keburukkan yang menjadi bab sepanjang kehidupan ini. Ia telah membuka sebuah dunia baru yang penuh dengan keinsafan, dan seribu satu peringatan tentang segala perintah dan larangan Allah. Mukmin sejati terdiri daripada orang yang bertaqwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun. (an Nisa : 77)

Golongan insan mulia ini selalu bersikap lapang dada dan sering memaafkan antara sesama manusia. redha menerima ujian, mengambil iktibar pada setiap
yang berlaku dan mendoakan untuk terbaik bagi orang lain. Ini merupakan antara nilai-nilai yang perlu diserap dan diamalkan oleh setiap individu. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau yang buruk dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan yang cerah. Sinar harapan dan kemenangan memihak kepada yang sentiasa mengisi dan mengamalkan diri dengan sifat-sifat ahklak yang mulia. Siapalah kita untuk menilai dan menghukum orang lain atas sesuatu yang tidak pasti kebenarannya lalu mencetuskan pertelingkahan sesama insan? Bukankah perkara mengumpat, bersikap buruk sangka, iri hati dan saling mencari kesalahan pada orang lain sifat peribadi yang amat tercela? Belum tentu mereka itu sempurna bagi mengadili orang lain, sedangkan seseorang itu sendiri dilahirkan dari sebuah kebaikan yang diubahnya sendiri menjadi keburukan dan kebencian. Perlulah diketahui bahawa kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. Masih ada ruang untuk memperbaiki diri selagi nyawa
dikandung badan. Maka dengan itu, taubatlah dan beristigfar secara ikhlas. Pintu taubat dan jutaan kemaafan sentiasa menunggu bagi mereka yang menginsafi dan menyesali setiap amalan yang dilakukan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Sekiranya setelah mereka menganiayai diri mereka datang kepadamu (Muhammad, lalu meminta ampun kepada Allah, Rasul, juga mintakan ampun bagi mereka, nescaya mereka dapati Allah penerima taubat dan
penyayang.(an Nisa : 64)


Ujian Illahi sudah pastinya datang dari pelbagai sudut. Setahu saya, saya diuji berterusan dari saat saya mengucap kalimah syahadah. Pada mulanya, saya marah dan merungut tetapi hari silih berganti, saya menerima segala yang menimpa ke atas diri dengan penuh kerelaan dan kegembiraan. Lantaran beberapa bab dalam kehidupan yang pernah saya lalai, demi mengubati masalah kemurungan. Saya mengambil ikhtibar darinya. Itu tidak bermaksud saya tetap membiarkan sesuatu keadaan berterusan. Setiap insan pasti mempunyai satu perkara yang berlaku keatas dirinya yang tidak dapat dielakkan, lalu menjadi mangsa keadaan. Ia telah menyebabkan kedukaan.

Kemurungan itulah yang membawa saya memperolehi hidayah yang saya tidak akan persiakan. Ia anugerah yang paling berharga bagi saya. Perkara yang pernah berlaku dalam meniti arus kehidupan juga mengajar saya agar tidak mudah percaya kepada sesiapa. Apapun yang disampaikan hanya akan digunakan untuk memburukkan keadaan, dan kebaikan yang dipelihara. Secara tidak langsung, pengajaran hidup amatlah penting dalam kehidupan setiap individu. Ia mampu memberi suatu bentuk perspektif yang berbeza pada pandangan dunia. Sifat manusia ternyata amat berbeza. Ada yang hadir untuk memberi pengajaran, ada pula yang hadir demi merosakkan nama baik seseoarang, ada segelintir insan pula yang mengambil kesempatan atas kebaikan seseorang dan ada pula yang membantu membentuk peribadi orang lain demi kebaikan.


























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib