Catatan

Solat Sunat Rawatib

Imej
SOLAT SUNAT RAWATIB Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu. Solat ini adalah sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah. Sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid), dan tidak didirikan secara berjemaah. solat sunat Rawatib juga dikenali sebagai solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan solat sunat Ba’diyyah (selepas). Solat sunat Rawatib boleh  menampung kekurangan ketika melakukan solat fardhu . Ia secara langsung melengkapkan solat fardhu kita. Berikut di bawah menunjukkan jumlah rakaat bagi setiap solat sunat Rawatib. (Qabliyyah/Sebelum) Subuh : 2 Zohor : 2 Asar : 2 atau 4 Maghrib : Tiada Isyak : 2 (Ba’diyyah/Selepas) Subuh : Tiada Zohor : 2 Asar : Tiada Maghrib : 2 Isyak : 2 Qabliyyah Subuh Usolli sunnatal subhi rak’ataini qa

Keimanan seorang Muslim

Iiman itu ialah adanya ketaatan beribadah. Maknanya, Muslim yang sempurna imannya adalah mereka yang melaksana dan memelihara amal ibadatnya.Kekuatan Iman  seorang Muslim iman itu ialah kepercayaan yang tersemat di hati yang dibuktikan dan dizahirkan oleh amal perbuatan yang melibatkan anggota badan seperti lidah, tangan, kaki dan lain-lain lagi. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Iman itu bukanlah dengan perhiasan dan cita-cita, tetapi ia adalah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan.” (HR. Al-Baihaqi). Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka; Merekalah orang yang berim

Adab dalam Islam

Adab  berasal dari perkataan Arab iaitu  أدب   yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan A dab  memiliki kedudukan sangat istimewa, penting dan strategis dalam agama Islam. Justeru seseorang itu  sebaiknya menunjukkan Adab dengan mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul. seseorang mukmin akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadian diri jika mempunyai adab. Adab ini ibarar pelita yang menerangi hidup pencari ilmu Kebaikan adab menunjukkan ketinggian budi dan akhlak seseorang mukmin. Apabila seseorang itu beradab baik, sudah pasti akhlaknya juga turut baik Hikmah beradab dengan Rasullulah Nabi muhammad adalah pemimpin agung dan utusan Allah. Kita perlu sentiasa membaca selawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih dan memuliakannya Kita perlu melaksanakan segala sunnahnya. Allah  SWT menyeru umat Islam agar mengasihi Rasulullah sebagai tanda cinta kepada-Nya. Adab den

Ujian Dan Cabaran

Petikan dari Buku Perjalanan Seorang Muallaf mengenai ujian hidup Firman Allah SWT yang bermaksud :   “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun   perempuan dalam keadaan beriman berikan kepadanya kehidupan   sesungguhnya akan Kami menghidupkannya dengan kehidupan yang lebih   baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan   pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. “ (al-Nahl : 97)   Begitulah hakikatnya, dugaan sememangnya telah menjadi sebati dengan   lumrah kehidupan setiap manusia. Kita semua pasti akan diuji. Jikabukan  sekarang,mungkin pada suatu masa yang akan datang, sehinggalah  menemui ajal. Lantaran itu, setelah kita melepasi suatu ujian, maka pasti  menyusul pula ujian yang lain dan begitulah seterusnya. Ada segelintir  diantara kita yang masih mampu sabar dan tawakal menghadapi segala   dugaan yang menimpa. Bagi mereka yang redha dengan ketetapan Allah   seraya sentiasa bersyukur dalam keadaan a

Maqasid Syariah

Imej
Definisi Maqasid Syari’ah Maksud maqasid adalah tujuan yang dikehendaki, sama ada pada perbuatan atau percakapan. Jadi maksud maqasid syariah adalah  tujuan atau makna yang dikehendaki syarak yang mesti diusahakan untuk dicapai . Maqasid syariah wujud dan diaplikasikan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat lagi. Para ulama telah mengkategorikan Maqasid Syariah kepada  (3) maslahah, iaitu:   i. Dharuriyah (Keperluan Asas) Maslahah asas yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia melalui kehidupan bermasyarakat. Hajiyyah (Kemudahan dan kelapangan) Hajiyyah ialah maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan, dan pada masa yang sama menghindarkan kesusahan serta kesukaran dalam masyarakat.  Tahsiniyyah (Kesempurnaan) Tahsiniyyah ia

Padang Masyhar

Imej
Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalah  Nabi Muhammad . Di atas hamparan yang rata tiada bertepi itu manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok. Daripada Huzaifah Ibn Asad yang mengatakan bahawa sahabat Abu Zar R.Anhu bangkit berdiri lalu berkata: “Hai Bani Ghifar, katakanlah janganlah kalian berselisih kerana sesungguhnya orang yang benar dan dibenarkan (yakni Nabi SAW pernah bercerita kepadaku bahawa manusia dikumpulkan (kelak pada hari kiamat) menjadi tiga golongan. “Satu golongan dalam kalangan mereka berkenderaan, mendapat makanan dan diberi pakaian manakala satu golongan lagi diiring dengan berjalan

Samiyat

Imej
Sam’iyat sam’iyat ialah  perkara ghaib  yang hanya boleh di ketahui melalui  al-Quran dan Al-Sunnah . hukum beriman dengan sam’iyat ialah  wajib orang yang tidak beriman dengan sam’iyat di hukum  kafir dan tidak beriman contoh sam’iyat ialah syurga, neraka, pahala, dosa, mizan, sirat, mahsyar, alam kubur, malaikat, jin dan syafaat. ANTARA PERKARA-PERKARA SAMIYAT 1.Percaya akan malaikat. 2.Percaya adanya syurga dan neraka. 3.Percaya adanya jin dan iblis. 4.Percaya adanya Padang Mahsyar. 5.Percaya tentang hari kebangkitan. 6.Percaya adanya timbangan keadilan. Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud: ” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” – Surah al Baqarah 1-3 Contoh perkara sam’iyat: 1. Alam Barzah – alam kubur 2. Soalan kubur – soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir 3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah 4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak