Adab dalam Islam

Adab berasal dari perkataan Arab iaitu أدب yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan Adab memiliki kedudukan sangat istimewa, penting dan strategis dalam agama Islam. Justeru seseorang itu  sebaiknya menunjukkan Adab dengan mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul.
seseorang mukmin akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadian diri jika mempunyai adab. Adab ini ibarar pelita yang menerangi hidup pencari ilmu
Kebaikan adab menunjukkan ketinggian budi dan akhlak seseorang mukmin. Apabila seseorang itu beradab baik, sudah pasti akhlaknya juga turut baik
Hikmah beradab dengan Rasullulah
Nabi muhammad adalah pemimpin agung dan utusan Allah.
Kita perlu sentiasa membaca selawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih dan memuliakannya
Kita perlu melaksanakan segala sunnahnya. Allah  SWT menyeru umat Islam agar mengasihi Rasulullah sebagai tanda cinta kepada-Nya.
Adab dengan Rasulullah SAW
1. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
2. Tawadduk dan bersopan santun
3. Menziarahi makam Rasulullah SAW
4. Mengasihi para sahabat
5. Beriltizam dengan sunnah Rasulullah SAW
* Tawadhuk-sifat jiwa yang bersih dari sifat sombong
* Beriltizam - bersungguh sungguh

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib