Keimanan seorang Muslim

Iiman itu ialah adanya ketaatan beribadah. Maknanya, Muslim yang sempurna imannya adalah mereka yang melaksana dan memelihara amal ibadatnya.Kekuatan Iman  seorang Muslim
iman itu ialah kepercayaan yang tersemat di hati yang dibuktikan dan dizahirkan oleh amal perbuatan yang melibatkan anggota badan seperti lidah, tangan, kaki dan lain-lain lagi. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Iman itu bukanlah dengan perhiasan dan cita-cita, tetapi ia adalah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan.” (HR. Al-Baihaqi).
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka; Merekalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tertinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).” (S. Al-Anfal: 2-4).

Ayat ini menjelaskan bahawa keimanan seseorang hamba itu dapat dilihat pada lima perkara :
Pertama, apabila disebut nama Allah, gementar hatinya.
Kedua, apabila dibacakan ayat Allah, makin bertambah imannya.
Ketiga, sentiasa menyerah diri kepada Allah.
Keempat, Mendirikan sembahyang (rukuk dan sujud), taat kepada perintah Allah.
Kelima, apabila dikurniakan Allah rezeki, dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah.

 SAW dalam sabda baginda yang bermaksud: “Tiga perkara yang apabila ada pada seseorang, maka dia akan merasai kemanisan iman.
Hendaklah menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada mencintai perkara lain.
Firman Allah s.w.t:
Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)
Firman Allah s.w.t:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasulrasulnya.(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
Kita perlu beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'ASWJseperti mana yang Allah SWT sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah SWT
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat KukuhkekuasaanNya. 
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)
Selain itu,  kita perluberiman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepada Allah SWT ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allah menjelaskan:
"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." 
(Surah Al-Syura 42: Ayat 7)
Kita juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang- undang itu adalah hak mutlak
Firman Allah SWT

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). 
(Surah Al-Syura 42: Ayat 10)
Beriman juga bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. 
Firman Allah SWT

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). 
(Surah al-Syams 91: Ayat 7-10)
Allah SWT berfirman al-An’am : 125 yang bermaksud :
”Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”
(al-An’am : 125)
Allah sering mengingatkan bahawa amalan yang akan diterima Allah hanyalah amalan orang-orang yang beriman. Firman dalam surah
al-Anbiya’ : 94 yang bermaksud :
”Maka barang siapa yang mengerjakan amal saleh, sedang ia beriman, Maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu dan Sesungguhnya kami menuliskan amalannya itu untuknya.”
(al-Anbiya’ : 94)
Rujukan al quran 
Pemisah antara Iman dan Kufur, Tuan Guru Nik Abdu Aziz Nik Mat..










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib