Ujian Dan Cabaran
Petikan dari Buku Perjalanan Seorang Muallaf mengenai ujian hidup
Firman
Allah SWT yang bermaksud :
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki
mahupun
perempuan
dalam keadaan beriman berikan kepadanya kehidupan
sesungguhnya
akan Kami menghidupkannya dengan kehidupan yang lebih
baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan
memberikan
pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. “
(al-Nahl : 97)
Begitulah
hakikatnya, dugaan sememangnya telah menjadi sebati dengan lumrah kehidupan setiap manusia. Kita semua pasti akan
diuji. Jikabukan sekarang,mungkin pada suatu masa yang akan datang,
sehinggalah menemui ajal. Lantaran itu, setelah kita melepasi suatu
ujian, maka pasti menyusul pula ujian yang lain dan begitulah seterusnya.
Ada segelintir diantara
kita yang masih mampu sabar dan tawakal menghadapi segala
dugaan yang menimpa. Bagi mereka yang redha dengan
ketetapan Allah seraya sentiasa bersyukur dalam keadaan apa sekalipun
merupakan tindakan
yang sewajarnya. Sudah tentunya ada hikmah disebalik segalanya.
Sehubungan itu, kita haruslah sabar menghadapinya,
setidak-tidaknya janganlah
sangsi dengan nikmat kurniaan Allah. Seterusnya, kita perlu akur bahawa semakin kita tanamkan keinginan untuk beribadat
dalam mensyukuri nikmat Allah, maka semakin bertambah ujian dan
dugaan
dalam
mencapai nikmatNya. Kita tidak seharusnya menyerah kalah
mahupun
pasrah menghadapi rintangan. Kita harus menganggap bahawa ujian
itu bukanlah sesuatu yang berat dan pasti ada hikmahnya. Setelah
gelap terbitlah terang. Cabaran hidup itu tidak mungkin selamanya menerpa, pasti ada berakhirnya. Mudah-mudahan, pada saat
itu, pasti ada
sesuatu yang indah menunggu. Tiada kehidupan jika tiada
rintangan begitu juga tiada kebahagian tanpa kesedihan.
Keyakinan kepada Allah SWT, bagi
memudahkan segala yang membelenggu merupakan pegangan saya.
Firman Allah SWT yang bermaksud
°Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
(al-Insyirah: 6)
Setelah badai terbitlah pelangi. Suatu ungkapan yang memberikan saya inspirasi agar tidak mengalah. Tuhan tidak mungkin memberi ujian yang berat melebihi kemampuan hambaNya. Allah, ar Rahman, ar Rahim memberi dugaan semata-mata kerana sayang, terhadap hamba ciptaanNya, agar kita menjadi manusia yang lebih baik lagi. Kita harus menganggap
bahawa ujian yang diberi bertujuan membentuk kita menjadi insan yang lebih bertawakal serta beriman.
Di celah-celah hari yang dijalani dan ditelusuri, tanpa disedari atupun tidak,manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Setiap umatnya pasti diuji dengan cara yang berbeza mengikut tahap
kemampuannya. Kenapa saya diuji sebegini?Ini persoalan lumrah manusia yang berupa keluhan saat dihimpit dengan secebis ujian. Bagi yang nipis imannya, pasti mereka mengeluh, merungut dan merintih. Mereka menyalahkan orang disekeliling mereka, malah Allah turut dipersalahkan, tanpa menyalahkan diri sendiri. Allah hanya menarik sedikit nikmat untuk
menggantikkan dengan nikmat yang jauh lebih besar. Ketahuilah dalam dunia yang fana ini, penuh kesulitan yang menghimpit dan juga kebahagiaan yang
persinggahannya sementara. Walau bagaimanapun, maka persiapkanlah diri dengan iman, taqwa dan iringan doa menuju ke akhirat.
Sesuatu ujian itu membuka mata dan minda kita dengan cara mendidik kita agar tidak mudah berputus asa sebaliknya sabar dan mensyukuri setiap yang berlaku. Kehidupan ini yang bagaikan bahtera di lautan hanyalah sementara.
Firman Allah SWT bermaksud :
°Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telahberlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan) harta benda dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya : ° Bilakah datangnya
pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah .
(al Baqarah : 214)
Seandainya kita berfikir sejenak tatkala di himpit tetamu yang tidak
diundang iaitu musibah, ketahuilah di luar sana ada segelintir insan yangseakidah dengan kita yang sedang menghadapi kesulitan atau musibah yang jauh lebih teruk berbanding dengan kita. Allah menguji kita kerana sayang
akan kita dan bukannya sebaliknya. Rintihan kita pasti didengariNya.
Ulasan
Catat Ulasan