Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Keimanan seorang Muslim

Iiman itu ialah adanya ketaatan beribadah. Maknanya, Muslim yang sempurna imannya adalah mereka yang melaksana dan memelihara amal ibadatnya.Kekuatan Iman  seorang Muslim iman itu ialah kepercayaan yang tersemat di hati yang dibuktikan dan dizahirkan oleh amal perbuatan yang melibatkan anggota badan seperti lidah, tangan, kaki dan lain-lain lagi. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Iman itu bukanlah dengan perhiasan dan cita-cita, tetapi ia adalah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan.” (HR. Al-Baihaqi). Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka; Merekalah orang yang berim

Adab dalam Islam

Adab  berasal dari perkataan Arab iaitu  أدب   yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan A dab  memiliki kedudukan sangat istimewa, penting dan strategis dalam agama Islam. Justeru seseorang itu  sebaiknya menunjukkan Adab dengan mempamerkan kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul. seseorang mukmin akan menjadi manusia yang tinggi akhlak dan keperibadian diri jika mempunyai adab. Adab ini ibarar pelita yang menerangi hidup pencari ilmu Kebaikan adab menunjukkan ketinggian budi dan akhlak seseorang mukmin. Apabila seseorang itu beradab baik, sudah pasti akhlaknya juga turut baik Hikmah beradab dengan Rasullulah Nabi muhammad adalah pemimpin agung dan utusan Allah. Kita perlu sentiasa membaca selawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih dan memuliakannya Kita perlu melaksanakan segala sunnahnya. Allah  SWT menyeru umat Islam agar mengasihi Rasulullah sebagai tanda cinta kepada-Nya. Adab den

Ujian Dan Cabaran

Petikan dari Buku Perjalanan Seorang Muallaf mengenai ujian hidup Firman Allah SWT yang bermaksud :   “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun   perempuan dalam keadaan beriman berikan kepadanya kehidupan   sesungguhnya akan Kami menghidupkannya dengan kehidupan yang lebih   baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan   pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. “ (al-Nahl : 97)   Begitulah hakikatnya, dugaan sememangnya telah menjadi sebati dengan   lumrah kehidupan setiap manusia. Kita semua pasti akan diuji. Jikabukan  sekarang,mungkin pada suatu masa yang akan datang, sehinggalah  menemui ajal. Lantaran itu, setelah kita melepasi suatu ujian, maka pasti  menyusul pula ujian yang lain dan begitulah seterusnya. Ada segelintir  diantara kita yang masih mampu sabar dan tawakal menghadapi segala   dugaan yang menimpa. Bagi mereka yang redha dengan ketetapan Allah   seraya sentiasa bersyukur dalam keadaan a

Maqasid Syariah

Imej
Definisi Maqasid Syari’ah Maksud maqasid adalah tujuan yang dikehendaki, sama ada pada perbuatan atau percakapan. Jadi maksud maqasid syariah adalah  tujuan atau makna yang dikehendaki syarak yang mesti diusahakan untuk dicapai . Maqasid syariah wujud dan diaplikasikan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat lagi. Para ulama telah mengkategorikan Maqasid Syariah kepada  (3) maslahah, iaitu:   i. Dharuriyah (Keperluan Asas) Maslahah asas yang melibatkan pemeliharaan lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kesemua kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang tidak dapat tidak amat diperlukan oleh setiap manusia melalui kehidupan bermasyarakat. Hajiyyah (Kemudahan dan kelapangan) Hajiyyah ialah maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan, dan pada masa yang sama menghindarkan kesusahan serta kesukaran dalam masyarakat.  Tahsiniyyah (Kesempurnaan) Tahsiniyyah ia

Padang Masyhar

Imej
Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalah  Nabi Muhammad . Di atas hamparan yang rata tiada bertepi itu manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok. Daripada Huzaifah Ibn Asad yang mengatakan bahawa sahabat Abu Zar R.Anhu bangkit berdiri lalu berkata: “Hai Bani Ghifar, katakanlah janganlah kalian berselisih kerana sesungguhnya orang yang benar dan dibenarkan (yakni Nabi SAW pernah bercerita kepadaku bahawa manusia dikumpulkan (kelak pada hari kiamat) menjadi tiga golongan. “Satu golongan dalam kalangan mereka berkenderaan, mendapat makanan dan diberi pakaian manakala satu golongan lagi diiring dengan berjalan

Samiyat

Imej
Sam’iyat sam’iyat ialah  perkara ghaib  yang hanya boleh di ketahui melalui  al-Quran dan Al-Sunnah . hukum beriman dengan sam’iyat ialah  wajib orang yang tidak beriman dengan sam’iyat di hukum  kafir dan tidak beriman contoh sam’iyat ialah syurga, neraka, pahala, dosa, mizan, sirat, mahsyar, alam kubur, malaikat, jin dan syafaat. ANTARA PERKARA-PERKARA SAMIYAT 1.Percaya akan malaikat. 2.Percaya adanya syurga dan neraka. 3.Percaya adanya jin dan iblis. 4.Percaya adanya Padang Mahsyar. 5.Percaya tentang hari kebangkitan. 6.Percaya adanya timbangan keadilan. Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud: ” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” – Surah al Baqarah 1-3 Contoh perkara sam’iyat: 1. Alam Barzah – alam kubur 2. Soalan kubur – soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir 3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah 4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak

Telaga Kautsar

Imej
Al Kautsar ni adalah sebuah telaga di syurga yang diberi oleh Allah kepada Nabi SAW.  Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai al-haudh (telaga) dan mereka saling berbangga diri, siapa di antara mereka yang paling banyak peminumnya (pengikutnya). Dan sungguh aku berharap, akulah yang paling banyak pengikutnya.” (HR at-Tirmidzi dalam Sunan at-Tirmidzi, no. 2443) Dirakamkan dalam sebuah hadis, Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menceritakan, “Pada suatu hari, ketika Rasulullah S.A.W berada di tengah-tengah kami, tiba-tiba baginda mengantuk sekejap. Kemudian baginda mengangkat kepala sambil tersenyum. Maka kami pun bertanya, “Apa yang membuat Tuan tersenyum, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Baru saja diturunkan kepadaku sebuah surah.” Lalu Baginda membacanya yang bermaksud: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu al-Kautsar. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan dan sembelihlah korban (s

Neraca Mizan & Titian Sirat

Imej
Mizan Timbangan untuk menimbang amalan manusia atau jin yang mereka lakukan didunia. Orang yang berat timbangan kabaikkannya,Allah masukkan kedalam syurga. Manakala orang yang ringan timbangan kebaikkannya Allah masukkan kedalam neraka. Firman Allah Taala yang bermaksud: Setelah berlaku demikian,maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing).Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,maka tempat kembalinya ialah Hawiah. Surah Al-Qariah :6-9 - Sirat Tempat laluan manusia dan jin untuk sampai ke syurga atau neraka.Mereka yang banyak amal kebaikkanya akan mudah melalui sirat dan terus masuk ke syurga. Manakala mereka yang banyak perbuatan jahatnya akan melalui dengan sengsara dan terus masuk ke neraka. Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan tiada seorang pun diantara kamu melainkan akan sampai kepadanya,(yang demikian) adalah satu perkara ya

Alam Barzakh

Imej
Alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar, iaitu daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh. Allah SWT berfirman: وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ Maksudnya :  Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). Surah al-Mukminun (100)

Alam Roh-Dunia

Imej
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9) Ketika manusia berada dalam rahim ibunya, Allah SWT menghantar malaikat untuk ditiupkan roh dan dituliskan empat perkara iaitu rezeki, ajal, amalan dan balasan syurga atau neraka. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati (yang berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk d

Dosa

Imej
Maksud Dosa Dosa Dosa ialah balasan bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak dan meninggalkan perkara-perkara yang diperintahkan oleh syarak.  Firman Allah Taala yang bermaksud: " Maka sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah,nescaya akan dilihatnya ( dalam surat amalnya ) Surah Al-Zalzalah :8 Jenis Dosa DOSA KECIL Kesalahan yang tidak dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat CONTOH -Melihat aurat wanita -Pegang al-Quran tanpa wudhuk -Bercakap perkara sia-sia AKIBAT Jika berterusan jadi dosa besar DOSA BESAR Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab Di akhirat CONTOH -minum arak -Berzina -Mengumpat -Membunuh - derhaka kepada ibu bapa     AKIBAT Qisas / Hudud / Takzir Jalan Menuju Taubat 1. Mengetahui hakikat taubat. Hakikat taubat adalah: Menyesal, meninggalkan kemaksiatan tersebut dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Sahal bin Abdillah berkata: “Tanda-tanda orang yang bert

Pahala

Imej
Pahala Pahala ialah ganjaran bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang diperintahkan oleh syarak dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Surah Al-Zalzalah :7 Diriwayatkan oleh  Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W  telah bersabda: “Antara amal jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah: Ilmu yang dipelajari dan disebarkan; Anak soleh yang mendoakannya; naskhah al-Quran yang diwakafkannya; masjid yang dibinanya; rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir; kolam air yang dikoreknya; sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai untuknya  selepas dia mati.” (Riwayat Ibn Majah, dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaymah) 7 Amal jariah yang pahalanya mengalir sampai hari kiamat. Segala pujian hanya kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam keatas junjungan

Asmaul Husna

Imej
Dalam Islam, Asmaul Husna adalah sembilan puluh sembilan (99) asma sifat (nama) Allah SWT yang terbaik. Ar-Rahman : ( الرحمن )  Maha Pemurah. Pemberi nikmat kepada hanbaNya dan Maha Pengasih ke atas mereka dalam kehidupan dunia. Ar-Rahim : ( الرحيم )  Maha Penyayang. Pengurnia kenikmatan dan Maha Penyayang ke atas hamba-hambaNya di alam akhirat. Al-Malik : ( الملك )  Maha Merajai. Mengatur kerajaanNya sesuai gengan kehendakNya. Al-Quddus : ( القدوس )  Maha Suci. Maha Suci dari segala cacat cela dan kekurangan. As-Salam : ( السلام )  MahaMenyelamatkan. Pemberi keamanan dan ketenteraman kepada semua makhlukNya. Al-Mu’min :   ( المؤمن )  Maha Pemelihara Keamanan. Iaitu siapa yang bersalah dari kalangan makhlukNya ia akan diseksa dangan sebenar-benaf seksaan dan kepada yang taat, Dia akan memenuhi janjiNya dengan mengurnaikan pahala yang baik. Al-Muhaimin : ( المحيمن )  Maha Memelihara. Maksudnya memerintah dan melindungi segala sesuatu. Al-Aziz : ( العزيز )  Ma

Sifat 20

Imej
Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib .

Istigfar*zikir* Wirid

Imej
Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap  tasbih , tahmid dan  takbir  serta istigfar. Adalah  kurang elok  jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa. ISTIGFAR Astagfirullahal’adzim Alladzi laa ilaaha illa hual hayyul qayyum watubu ilaih (Ulang 3 kali) Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya. Zikir dalam bahasa Melayu maknanya  ingat . Bila kita kata ingat, ingat apa?. Tentulah dimaksudkan ingat Tuhan. Ingat Tuhan, kuasaNya kebesaranNya , kehebatanNya , nikmatNya , penglihatanNya , pendengaranNya , nerakaNya , syurgaNya . Apa saja yang ada hubungkait dengan Tuhan, itu yang dikatakan Zikir. Allahu Akbar (Allah Maha Besar) Alhamdulillah (Segala Puji bagi Allah) Subhanallah (Maha Suci Allah) La ilaha illaAllah (Tiada Tuhan yang Berhak Disembah Kec