Alam Roh-Dunia


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9)

Ketika manusia berada dalam rahim ibunya, Allah SWT menghantar malaikat untuk ditiupkan roh dan dituliskan empat perkara iaitu rezeki, ajal, amalan dan balasan syurga atau neraka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada pati (yang berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Surah al- Mukminun, ayat 12-14)

Manusia dilahirkan di dunia dibahagikan umurnya kepada lima fasa. Sejak mula dilahirkan, manusia menghadapi 99 perangkap kematian, ada yang dapat menghadapinya sehingga akhir, ada yang tidak sempat lalu menemui kematian.

Fasa pertama kehidupan manusia ketika melalui zaman kanak-kanak iaitu ketika bayi sehingga mereka mencapai usia 15 tahun. Fasa kedua ketika muda, iaitu berumur di antara 15 hingga 35 tahun.

Fasa ketiga, manusia dewasa bermula ketika 35 hingga 55 tahun, manakala fasa keempat, manusia menjadi tua berumur antara 55 hingga 70 tahun. Fasa kelima pula, berumur antara 70 hingga akhir hayat yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka.

Apabila manusia mencapai usia 20 hingga 40 tahun, mereka melalui tempoh diberi kurniaan duniawi daripada Allah SWT. Namun, selepas mencapai usia 40 tahun, digalakkan membaca doa, "Yang telah Kamu berikan kepadaku dan ke atas kedua ibu-bapaku, ya Allah tolong kurniakan kepadaku satu amalan yang kamu reda dalam hidup ini."

Sewajarnya pada usia 40 tahun, manusia tidak lagi sibuk mengejar urusan dunia atau berasa gembira dengan hal ehwal keduniaan semata-mata dan tenggelam dalam kelalaian diri. Sebaliknya bersedialah untuk menghadapi kematian dan mengubah ketentuan.

Qada yang ditetap ketika disuratkan ketika berada dalam kandungan ibu iaitu qada yang tidak baik kepada qada lebih baik. Qada yang lebih baik akan menjamin diri menghuni syurga pada hari akhirat kelak. Maka istiqamah dengan agama dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib