Asmaul Husna




Dalam Islam, Asmaul Husna adalah sembilan puluh sembilan (99) asma sifat (nama) Allah SWT yang terbaik.
  1. Ar-Rahman : ( الرحمن ) Maha Pemurah. Pemberi nikmat kepada hanbaNya dan Maha Pengasih ke atas mereka dalam kehidupan dunia.
  2. Ar-Rahim : ( الرحيم ) Maha Penyayang. Pengurnia kenikmatan dan Maha Penyayang ke atas hamba-hambaNya di alam akhirat.
  3. Al-Malik : ( الملك ) Maha Merajai. Mengatur kerajaanNya sesuai gengan kehendakNya.
  4. Al-Quddus : ( القدوس ) Maha Suci. Maha Suci dari segala cacat cela dan kekurangan.
  5. As-Salam : ( السلام ) MahaMenyelamatkan. Pemberi keamanan dan ketenteraman kepada semua makhlukNya.
  6. Al-Mu’min : ( المؤمن ) Maha Pemelihara Keamanan. Iaitu siapa yang bersalah dari kalangan makhlukNya ia akan diseksa dangan sebenar-benaf seksaan dan kepada yang taat, Dia akan memenuhi janjiNya dengan mengurnaikan pahala yang baik.
  7. Al-Muhaimin : ( المحيمن ) Maha Memelihara. Maksudnya memerintah dan melindungi segala sesuatu.
  8. Al-Aziz : ( العزيز ) Maha Mulia. Berkuasa dan mampu untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya.
  9. Al-Jabbar : ( الجبار ) Maha Perkasa. Mencukupi segala keperluan, melaksanakan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
  10. Al-Mutakabbir : ( المتكبر ) Maha Megah. Hanya Dia sendiri yang mempunyai sifat keagungan dan kemegahan.
  11. Al-Khaliq : ( الخالق ) Maha Pencipta. Menjadikan seluruh makhluk dari tiada menjadi ada iaitu mewujudkan yang belum pernah wujud. Maksudnya semua makhluk yang wujud di alam ini telah dijadikan Allah s.w.t. tanpa perantaraan bahan-bahan ataupun contoh-contoh.
  12. Al-Bari : ( البارئ ) Maha Pembuat. Mangadakan tiap sesuatu yang bernyawa yang ada permulaannya.
  13. Al-Musawwir : ( المصور ) Maha Pembetuk. Memberikan gambaran atau bentuk terhadap sesuatu yang berbeza dangan yang lainnya. Maksudnya Al-Khaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asalnya mulanya atau yang mentakdirkan adanya itu. Al-Bari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya. Sedangkan Al-Musawwir ialah memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya.
  14. Al-Ghaffar : ( الغفار ) Maha Pengampun. Suka memaafkan dan mengampunkan dosa-dosa hambaNya. Begitu juga menutupi dosa-dosa dan kesalahan hambaNya yang dikehendakiNya.
  15. Al-Qahhar : ( القهار ) Maha Menguasai. Mengenggam sagala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa sagala makhluk menurut kehandakNya.
  16. Al-Wahhab : ( الوهاب ) Maha Pemberi. Terlalu banyak nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada makhluk-makhlukNya.
  17. Ar-Razzaq : ( الرزاق ) Maha Pemberi rezeki. Menentukan bekalan rezeki serta menyediakan asbab-asabab (sumber-sumber) ianya akan diperolehi oleh makhluk-makhlukNya.
  18. Al-Fattah : ( الفتاح ) Maha Membukakan. Membuka khazanah rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
  19. Al-‘Alim : ( العليم ) Maha Mengetahui. Mengetahui segala yang wujud dan tidak ada sesuatu apa pun yang tersembunyi dari pengetahuanNya.
  20. Al-Qabidh : ( القابض ) Maha Penggenggam. Mangambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya.
  21. Al-Basith : ( الباسط ) Maha meluaskan. Memudahkan terkumpulnya rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya.
  22. Al-Khafidh :  ( الخافض ) Maha Menjatuhkan. Maksudnya menjatuhkan orang selayaknya dijatuhkan kerana kelakuannya sendiri, yakni dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
  23. Ar-Rafi’ : ( الرافع ) Maha Neninggikan. Nininggikan orang yang sepatutnya ditinggikan kedudukannya kerana ushanya yang gigih dalam memperbaiki iman dan amalnya di mana beliau termasuk golongan kaum yang bertakwa.
  24. Al-Mu’izz : ( المعز ) Maha Memuliakan. Memuliakan orang yang berpegang teguh kepada agamanya. Maksudnya, Allah s.w.t. memberikan kepadanya pertolongan dan kemenanganNya.
  25. Al-Muzil : ( المذل ) Maha Menghinakan. Menghinakan musuh-musuhnya dan musuh Islam seluruhnya.
  26. As-Sami’ : ( السميع ) Maha Mendengar. Mendengar suara yang kuat dan perlahan, bahkan mendengar benda-benda yang tidak bersuara menurut anggapan manusia, misalnya suara semut, batu, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Binatang, tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang wujud di alam ini ternyata bersuara dan bertasbih memuji Allah s.w.t. sekalipun benda itu tidak faham apa yang mereka ucapkan.
  27. Al-Basir : ( البصير ) Maha Melihat. Melihat yang dekat dan jauh, bahkan melihat yang terlindung dalam pandangan manusia. Allah s.w.t. melihat apa yang ada di balik sesuatu benda, apa yang ada di dalam lautan, di bawah Tanah dan sebagainya.
  28. Al-Hakam :  ( الحكم ) Maha Menetapkan hukum. Sebagai hakim yang memutuskan, di mana tidak ada seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tadak ada seorang pun sanggup menghalangi kelansungan hukumNya. 
  29. Al-‘Adl : ( العدل ) Maha Adil. Maha Adil dan cukup sempurna keadilanNya itu.
  30. Al-Latif : ( اللطيف ) Maha Halus. Maksudnya mengetahui segala sesuatu yang samar-samar yang kecil dan halus.
  31. Al-Khabir : ( الخبير ) Maha Bijaksana.
  32. Al-Halim : ( الحليم ) Maha Penyantum/Penyabar. Tidak tergesa-gesa dalam kemurkaannya dan tidak segera memberikan siksaan.
  33. Al-‘Azim : ( العظيم ) Maha Agung. Dia Maha Agung kerana bersifat dangan segala sifat-sifat kebesaran dan kesempurnaan.
  34. Al-Ghafur : ( الغفور ) Maha Pengampun. Banyak kemaafan dan keampunanNya terhadap hambaNya.
  35. As-Syakur : ( الشكور ) Maha Mensyukuri. Maksudnya memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil dan ringan.
  36. Al-‘Aliy : ( العلي ) Maha Tinggi. Maksudnya mencapai puncak yang setinggi-tingginya yang tidak dapat digambarkan oleh fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak walau bagaimana bijak sakalipun.
  37. Al-Kabir : ( الكبير ) Maha Besar. KebesaranNya tidak dapat diukur dan dibayangan oleh akal manusia.
  38. Al-Hafiz : ( الحفيظ )  Maha Pemelihara. Menjaga sesuatu supaya jangan sampai rosak atau bergoncang. Begitu juga memelihara sagala amal perbuatan hambaNya, sehingga tidak akan dipersia-siakan sedikit pun dalam pengurniaan ganjaran untuk amalan tersebut.
  39. Al-Muqit : ( المقيت ) Maha Mencukupkan. Maksudnya mencukupkan segala rupa makanan tubuh dan makanan rohani.
  40. Al-Hasib :  ( الحسيب ) Maha Penjamin/Penghitung. Memberi jaminan kecukupan kepada seluruh hambaNya. Juga dapat diertikan Maha Menghisab amalan hambaNya pada hari kiamat.
  41. Al-Jalil : ( الجليل ) Maha Luhur. Yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesemprunaan sifat-sifatNya.
  42. Al-Karim : ( الكريم ) Maha Pemurah. Memberikan sesuatu kepada hambaNya tanpa diminta atau bukannya sabagai balasan terhadap sesuatu yang pernah diberikan oleh hambaNya.
  43. Ar-Raqib : ( الركيب ) Maha Mengawasi. Mengamati dan mengawasi segala gerak-geri hambaNya.
  44. Al-Mujib : ( المجيب ) Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya apabila mereka berdoa kepadaNya.
  45. Al-Wasi’ : ( الواسع ) Maha Luas. RahmatNya merata kepada segala yang maujud dan ilmuNya meliputi segala sesuatu.
  46. Al-Hakim : ( الحكيم ) Maha Bijaksana. Memiliki kebijaksanaan dan kesempurnaan dalam mengatur serta membuat sagala sesuatu.
  47. Al-Wadud : ( الودود ) Maha Menyintai. Menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik kepada mereka dalam segala keadaan.
  48. Al-Majid : ( المجيد ) Maha Mulia. Maksudnya mencapai tingkat tertinggi dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
  49. Al-Ba’its : ( الباعث )   Membangkitkan para rasul, membangkitkan semangat dan kemahuan, begitu juga membangkitkan orang-orang yang telah matidari kuburnya nanti pada hari kiamat.
  50. Al-Syahid : ( الشهيد ) Maha Menyaksikan. Menyaksikan dan mengetahui keadaan semua makhluk.
  51. Al-Haq : ( الحق ) Maha Haq/Maha Benar. Kebenaran Allah s.w,t. kekal dan tidak akan berubah walaupun sedikit dan sampai bila pun.
  52. Al-Wakil : ( الوكيل ) Maha Memelihara. Penyerahan semua urusan dan keperluan para hambaNya.
  53. Al-Qawiy : ( القوى ) Maha Kuat. Memiliki kekuatan dan kekuasaan yang sempurna. Dia berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya. Jika Dia mengatakan jadi, maka jadilahapa yang dikehendakiNya.
  54. Al-Matin : ( المتين ) Maha Teguh. Memiliki kekuatan yang sangat sempurna. Sesungguhnya kekuatan Allah s.w.t. tidak ada bandingnya. Mkahluk ada juga yang mempunyai kekuatan yang luarbiasa seperti malaikat dan jin, tetapi kekuatan itu bersifat sementara dan atas pemberian (izin) daripada Allah s.w.t. Kalau Allah s.w.t. mencabut kekuatan mereka, mereka tidak mempunyai kemampuan sama sekili.
  55. Al- Waliyy : ( الولى ) Maha Melindungi. Melindungi serta menertibkan semua kepentingan makhlukNya kerana saying kepada mereka dan memberikan pertolonganNya yang tidak terbatas kepada mereka.
  56. Al-Hamid : ( الحميد ) Maha Terpuji. Dialah yang layak dipuji dan disanjung. Ini kerana kesempurnaan sifitNya dan kelebihan Nya yang tiada bandingannya.
  57. Al-Mushi : ( المحصى ) Maha Menghitung. Tidak ada sesuatu yang tertutup dari pandanganNya dan semua amal manusia akan diperhitungkan sebagaimana wajarnya. Amalan baik akan dibalas dengan ganjaran yang baik dan amalan jahat akan dibalas dengan kejahatan. Semua amalan yang dikerjakan manusia akan dicatit dan tidak ada yang hilang walaupun amalan itu sekecil biji zarrah.
  58. Al-Mubdi’ : ( المبدئ ) Maha memulai. Dia-lah yang memulai atau yang menciptakan sesuatu yang sebelumnya tidak ada kemudian menjadi ada. Dia-lah yang mula-mula menciptakan semua makhluk daripada tidak ada dan tanpa model atau contoh. Allah s.w.t. pencipta segala yang wujud, sama ada di alam nyata atau alam ghaib. Dia mencipta segala yang ada di alam maya ini.
  59. Al-Mu’id : ( المعيد ) Maha Megulangi. Menumbuhkan kembali setelah matinya, lenyapnya atau rosaknya. Allah s.w.t. jualah yang akan membangkitkan kembali orang-orang yang sudah mati di padang mahsyar nanti.
  60. Al-Muhyi : ( المحي ) Maha Menghidupkan. Memberi daya kehidupan kepada segala sesuatu yang berhak hidup. Dia yang memberikan nyawa bagi makhluk yang bernyawa dan Dia yang menjadikan hidup atau tumbuhnya tumbuh-tumbuhan yang tidak bernyawa. Di samping itu Allah s.w.t. yang menghidupkannya, Dia juga yang membekalkan segala keperluannya supaya dapat hidup.
  61. Al-Mumit : ( المميت ) Yang Mematikan. Allah s.w.t. yang menghidupkan sagala makhluk yang ada di alam ini, sama ada bernyawa atau tidak bernyawa dan Dia juga yang mematikannya.
  62. Al-Hayyu : ( الحي ) Maha Hidup. Allah s.w.t. hidup dan hidupNya akan terus berkekalan. Dia tidak akan mengalami mati untuk selamanya juga cara hidup Allah s.w.t. tidak seperti baharu yang memerlukan nyawa, pernafasan, makanan dan sebagainya.
  63. Al-Qayyum : ( القيوم ) Maha Berdiri Sendiri. Zat Allah s.w.t. berdiri sendiri, begitu juga sifat dan perbuatanNya. Dia juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia dan juga denganNya berdiri langit dan bumi.
  64. Al-Wajid : ( الواجد ) Maha Mendapatkan / Menemukan. Allah s.w.t. memperolehi apa sahaja yang diinginkanNya. Dia tadak berhajat kepada sesuatu apa pun kerana sifatkayaNya adalah mutlak.
  65. Al-Majid : ( الماجد ) Maha Luas Kemuliaan. Allah s.w.t. bersifat agung, suci, mulia dan penuh kesempurnaan. Dia yang berhak untuk dipuji dan dimuliakan dan dihormati olek sekelian penduduk langit dan bumi. Kemuliaan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah s.w.t. menggambarkan keagunganNya  selaku pancipta dan penguasa alam ini. Dialah yang kemuliaanNya tidak pernah luntur oleh sebarang gugatan perubahan masa, tempat dan keadaan.
  66. Al-Wahid : ( الواحد ) Maha Esa. Allah s.w.t. esa atau tunggal pada zatNya, sifat dan perbuatanNya. Esa pada zatNya maksudnya, zat Allah s.w.t. satu dan tidak berjuzuk-juzuk. Tidak seperti manusia yang tubuhnya mempunyai juzuk kepala, tangan, kaki dan sebagainya. Esa pada sifat misalnya, sifat KudratNya hanya satu, begitu juga ilmu, iradah dan sebagainya. Esa pada perbuatanNya maksudnya Dia sahajalah yang menciptakan alam ini dan pada hakikatnya segala sesuatu yang terjadi di alam ini adalah perbuatan Allah s.w.t.
  67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
  68. As-Somad : ( الصمد ) Maha Diperlukan. Allah s.w.t. tempat mengadu dan meminta jika seseorang itu memerlukan sesuatu yang perlu diselesaikan atau segala kecelakaan yang patut dihindarkan. Segala makhluk yang ada di alam semesta ini, baik di langit atau di bumi, menumpukan pengharapan mereka kepada Allah s.w.t.
  69. Al-Qadir : ( القادر ) Maha Kuasa. Allah s.w.t. sunggup melaksanakan atau menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya tanpa mengharapkan bantuan pihak lain dan tidak bergantung kepada keadaan dan waktu.
  70. Al-Muqtadir : ( المقتدر )  Maha Menentukan. Allah s.w.t. telah merancang dan menentukan segala sesuatu yang berlaku di alam ini. Segala sesuatu yang dirancang dan dijadikan Allah s.w.t. itu cukup rapi. Tadak ada yang dijadikan Allah s.w.t. di alam ini yang sia-sia, bahkan semeunya mempunyai tujuan dan hikmat.
  71. Al-Muqaddim : ( المقدم ) Maha Mendahulukan. Allah s.w.t. mendahulukan sabahagian benda daripada lainnya dalam kejadianNya atau dalam kemuliaan, perselisahan waktu atau tempatnya.
  72. Al-Mu’akhkhir : ( المؤخر ) Maha Mengkemudiankan. Allah s.w.t. berkuasa mengakhirkan atau mengkemudiankan sesuatu dari yang lainnya, seperti mengkemudiankan kelahiran adik daaripada kelahiran abangnya, mengkemudiankan kedatangan seorang rasul dari rasul yang lain, mengkemudiankan berlakunya sesuatu peristiwa yang lain dan sebagainya.
  73. Al-Awwal : ( الأول ) Maha Awal. Paling awal dari semua yang wajud. Sebelum adanya segala sesuatu di langit, bumi dan antara keduanya, bahkan sebelum adanya alam ini, Allah s.w.t. sudah sedia ada. Allah s.w.t. tadak didahului oleh tiada.
  74. Al-Akhir : ( الآخر ) Maha Penghabisan. Allah s.w.t tetap ada sekalipun sudah hancurnya segala sesuatu yang wujud. Dia kekal dan tidak berpenghujung.
  75. Az-Zahir : ( الظاهر ) Maha Zahir. Menzahirkan dan menunjukkan kewujudanNya dengan bukti-bukti nyata yang ada di alam ini, yang diistilahkan dengan bukti atau tanda-tanda kejadian. Misalnya dangan adanya planet yang begitu mengkagumkan adanya penciptanya, yakni Allah s.w.t.
  76. Al-Batin  ( الباطن ) : Maha Batin. Allah s.w.t. tersembunyi dan tidak dapat dikesan dengan pancaindera manusia, sehingga tidak seorang pun yang melihat zatNya atau mengetahui hakikatNya.
  77. Al-Wali : ( الوالى ) Maha Menguasi. Mengenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya. Dialah yang mengarah, mengurus, mengendali, memerintah dan mengukur dan merancang setiap pergerakan yang berlaku di alam ini.
  78. Al-Muta’ali : ( المتعال ) Maha Suci/Maha Tinggi. Maha Suci maksudnya terpelihara daripada segala kekurangan dan kerendahan. Maha Tinggi maksudnya Dialah yang tertinggi KeagunganNya atau yang terangkat daripada kekurangan, juga terangkat daripada diselami hakikatNya oleh akal fikiran manusia.
  79. Al-Barr : ( البار ) Maha Baik. Allah s.w.t. sungguh baik dan banyak nikmat yang telah diberikanNya kepada makhlukNya. Sekiranya tasik, sungai dan lautan dijadikan dakwat, kemudian segala dedaunan yang ada di dunia ini dajadikan kertas untuk menghitung satu persatu nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t., maka belum cukup untuk menghitungnya.
  80. At-Tawwab : ( التواب ) Maha Penerima Taaubat. Bagaimanapun banyak dosa atau besar dosa yang dilakukan hambaNya, Dia akan memaafkan atau menerima taubat mereka kalau mereka sudah betul-betul bertaubat. Hanya dosa syirik yang tidak ada keampunan jika tidak bertaubat.
  81. Al-Muntaqim : ( المنتقم ) Maha Menyeksa. Allah s.w.t. memang sangat lemah lembut dan pengampun tetapi kalau sudah habis peluang beramal atau bertaubat diberikan, Allah s.w.t. sungguh keras seksaanNya. Allah s.w.t. akan menyeksa orang kafir dan orang-orang yang berdosa di akhirat nanti dangan seksaan yang cukup dashyat.
  82. Al-‘Afuww : ( العفو ) Yang Maha Pemberi Maaf. Memaafkan kesalahan orang lain yang mahu menerima maaf (bertaubat) kepadaNya.
  83. Ar-Ra’uf : ( الرؤف ) Maha Mengasihani. Allah s.w.t. memiliki sifat kasih saying yang luarbiasa. Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa Allah s.w.t. mempunyai seratu kasih sayang. Satu daripadanya diturunkan ke dunia dan dangan kasih sayang itulah dibahagi-bahagikan kapada makhluk sehingga mereka memiliki kasih sayang. Disebabkan kasih sayang itu binatang pun kasih kepada anaknya sehingga ia terpaksa mengakat kakinya sebelah untuk menyusukan anaknya. Begitu juga manusia, sayang kepada anaknya dan kepada orang lain. Sembilan puluh Sembilan lagi khusus untuk Allah s.w.t. dan dengan itulah Dia mengasihani hambaNya. Cubalah kita bayangkan betapa dalam dan besarnya kasih sayang Allah s.w.t.
  84. Malikul Mulk : ( المالك الملك ) Maha Menguasai Kerajaan. Segala sesuatu yang berlaku di alam semesta ini langit, bumi dan sekitaarnya serta yang berada di sebaliknya, semuanya sesuai dengan kehendak dan iradat Allah s.w.t.
  85. Zul Jalali Wal Ikram : ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Dia juga zat ynag mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang banyak melimpah ruah.
  86. Al-Muqsit : ( المقسط ) Maha Mengadili. Memberikan kemenangan kepada orang-orang yang teraniaya, yakni dangan keadilanNya.
  87.  Al-Jami’ : ( الجامع ) Maha Mengumpulkan. Mengumpulkan pelbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengunpulkan seluruh umat manusia da padang mahsyar nanti.
  88. Al-Ghani : ( الغنى ) Maha Kaya. Tidak memerlukan apa pun dari yang lainNya tetap yang selainNya sangat berhajat kepadaNya.
  89. Al-Mughni : ( المغنى ) Maha Mengkayakan. Memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang melimpah ruah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari semua hambaNya.
  90. Al-Mani’ : ( المانع ) Maha Menolak. Menolak atau menghalang sebab-sebab yang membawa kerosakan atau bahaya. Allah s.w.t.-lah yang menolak atau mengangkat sebab-sebab kemudaratan atau bala bencana dari hamba atau makhlukNya. Ertinya Dia-lah yang mencegah apa yang mesti dicegah.
  91. Al-Dhar : ( الضار ) Maha Memudaratkan. Allah s.w.t. berkuasa untuk memudaratkan atau menyusahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Allah s.w.t. memudaratkan orang-orang kafir atau sesiapa yang derhaka kepadaNya. Jika Allah s.w.t. memudaratkan orang-orang yang di kehendakiNya, maka tidak ada sesuatu apapun yang sanggup mengelak atau menghalangNya.
  92. An-Nafi’ : ( النافع ) Maha Memberi Manfaat. Allah s.w.t. juga yang memberi manfaat kepada sesiapa yang dikehendakiNya, Manfaat itu pula akan Dia berikan kepada orang-orang yang taat kepadaNya.
  93. An-Nuur : ( النور ) Maha Bercahaya. Menonjolkan zatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dangan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
  94. Al-Hadi : ( الهادى ) Maha Pemberi Pertunjuk. Memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar kehidupannya akan dipelihara oleh Allah s.w.t. di atas jalan yang diredai olehNya.
  95. Al-Badi’ : ( البديع ) Maha Pencipta yang baru. Allah s.w.t. menciptakan sesuatu tanpa contoh dan bahan-bahan. Munusia pada hakikatnya tidak ada yang sanggup menciptakan sesuatu, tetapi lebih tepat dikatakan cuma mengolah atau mereka sesuatu dengan menggunakan bahan-bahan yang telah diciptakan Allah s.w.t.
  96. Al-Baqi : ( الباقع ) Maha kekal. Kekal berati tetap utuh dan wujud untuk salama-lamanya, tidak didatangi oleh mati dan kemusnahan. Segala sesuatu yang ada di alam ini akan musnah dan yang hanya kekal adalah zat Allah s.w.t. Yang Maha Mulia.
  97. Al-Warits : ( الوارث ) Maha Mewarisi. Allah s.w.t. yang mewarasi dan mempusakai segala sesuatu setelah binasa pemiliknya yang sementara, iaitu manusia dan lain-lain makhluk. Segala sesuatu yang ada di alam ini, samada kerajaan, kekuasaan, kebesaran, kekeyaan, kemasyhuran dan segala-galanya yang dimiliki sementara oleh manusia, akan kembali semula kepada Allah s.w.t. Dia-lah yang kekal dan mewarisi segala sesuatu yang ada di alam ini.
  98. Ar-Rasyid : ( الرشيد ) Maha Pemberi Petunjuk. Mamberi arahan dan tuntunan kepada seluruh hambaNya. Segala peraturanNya itu berjalan menurut ketuntuan yang telah ditetapkanNya.
  99. As-Sobur : ( الصبور ) Maha Penyabar. Tadak tergesa-gesa memberikan siksaan dan tidak segera melaksanakan sesuatu sebelum waktunya. Allah s.w.t. tadak tergesa-gesa menurunkan siksa bagi hambaNya yang durhaka, bahkan Dia memberi peluang kepada mereka untuk bertaubat. Peluang bertaubat itu diberikan sepanjang hayat seseorang. Jika roh seseorang sudah sampai ke kerongkongnya, maka tertutuplah baginya pintu taubat dan Allah s.w.t. pun akan menyiksanya sejak sampai di alam kubur ke akhirat nanti.
AL-ASMAUL HUSNA (Sebutan Dalam Rumi)

Nas - Aluka Yaa Man Huwallahulladzii
Laa Ilaaha Illaahu
Awarrohmaanur Rahim
Almalikul Qudduusus Salaamul Mu’minul Muhaiminul ‘Aziizul Jabbaar

Almutakabbirul Khooliqulbaariul Mushowirul Ghoffar
Walqohharul Wahaabur Rozzaaqul Fattaahul ‘Aliim

Alqoobidhul Baasithul Khoofidhur
Alroofi’ul Mu’izzul Mudhillus Samii’ul Bashiirul Hakamul’adl

Allathiiful Khobiir
Alhaliimul ‘Adzim
Alghofurus Syakuur
Al’aliyul Kabiirul Hafiidhul Muqiit
Alhasiibul Jaliil
Al Kariimur Roqiibul Mujiibul Waa Si’ul Hakiimul Waduudul Majiidul Baa’itsus Syahid

Alhaqqulwakiil
Alqowiyul Matiin
Alwaliyul Hamiid
Almuhshil Mubdiul Mu’iid
Almuhyil Mumiitul Hayyul Qoyyum

Alwaajidul Maajidul Waahidus Shomadul Qoodirul Muqtadirul Muqoddimul Muakh Khirul Awwalul Akhiir
Addhoohirul Baatinul Waalil Muta’al Bar Ruttawwaaabul Muntaqimul ‘Afuwwur Roufum Maalikul Mulki Dzul Jalaali wal Ikroom

Almuqsitul Al Jaami’ul Ghoniyul Mughnil Maani’ud Dhoor
Runnaafi’un Nuurul Haadii Badii’ul Baaqii

Alwaaritsur rosyiidus Shobuurulladzi ladza kamits lihi Syaiun Wawas Samii’ul Bashiir
Allahumma Solli Afdhollas Sholati’alaa As’adi Makhluuqoo Tika Sayyidinaa Muhammadiwa’alaa alihii
Washohbihii wasallim ‘Adada Ma’luu
Maatika Wamidaa Dzakalimaa Tika Kullamaa Dzakaro Kad Dzaakiruuna Waghofala ‘An Dzikrihil Ghoofiluun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib