Istigfar*zikir* Wirid



Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.



ISTIGFAR


Astagfirullahal’adzim Alladzi laa ilaaha illa hual hayyul qayyum watubu ilaih (Ulang 3 kali)
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

Zikir dalam bahasa Melayu maknanya ingat.
Bila kita kata ingat, ingat apa?. Tentulah dimaksudkan ingat Tuhan.

Ingat Tuhan, kuasaNya kebesaranNya , kehebatanNya , nikmatNya , penglihatanNya , pendengaranNya , nerakaNya , syurgaNya . Apa saja yang ada hubungkait dengan Tuhan, itu yang dikatakan Zikir.

Allahu Akbar (Allah Maha Besar)

Alhamdulillah (Segala Puji bagi Allah)

Subhanallah (Maha Suci Allah)

La ilaha illaAllah (Tiada Tuhan yang Berhak Disembah Kecuali Allah)
WIRID
Wirid ialah amalan zikir harian yang ditetapkan oleh seseorang pada dirinya seperti pembacaan ayat-ayat dan surah-surah Al-Quran yang tertentu atau zikir-zikir tertentu



Laa Ilaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku walhul hamdu, yuhyi wa yumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir (Ulang 3 kali)
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

Allahumma Anta salam wa minkassalam wa ilaika ya’udu ssalam fahayyina rabbana bissalam wa adkhilnal jannata darassalam tabarakta rabbana wata’alaita yadzal jalali wal ikram

Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

 Allahumma ajirna minannarr 
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka

Allahu akbar kabiran walhamdu lillahi katsira, wa subhanallahi bukratan wa asilan
Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam

Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir

Tidak ada Tuhan Selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu

Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wani’mannasir wala haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim
Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami, dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung"

Rabbana Laa Tuzig Qulubana Ba'da Idz Hadaitana min ladunka rahmatan Innaka Antal Wahhab.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi  Kurnia

Rabbana Atina Fiddunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina adzabannar
Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201).

Washallallahu 'ala sayyidina muhammadin wa'ala alihi washahbihi wabaraka wasallam

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
— Surah Ghafir ayat 60

















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Samiyat

Neraca Mizan & Titian Sirat

Solat Sunat Rawatib